Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan SBP & SMKA 2024/2025

Calon yang telah membuat permohonan rayuan bagi memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) untuk tahun 2024/2025, semakan keputusan rayuan boleh dibuat sehingga 27 April 2024.

Semakan keputuan rayuan ini adalah bagi pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan awal untuk kemasukan ke sekolah tersebut.

Ibu bapa dan pelajar boleh membuat semakan keputusan rayuan tersebut secara atas talian melalui pautan yang disediakan.

Mengenai Kemasukan Ke SBP & SMKA

Rayuan ini adalah melibatkan kemasukan ke SBP dan SMKA bagi sesi akademik 2024/2025.

Untuk makluman, penilaian kemasukan ke sekolah ini adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP dan SMKA secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan SBP & SMKA

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi kaedah berikut:

PENTING : Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. KPM berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon TIDAK LENGKAP semasa hari pendaftaran.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai semakan rayuan kemasukan ke SBP & SMKA bagi 2024/2025, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada e-mel [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: