Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2022/2023 menerusi sistem UPUOnline, semakan permohonan dan rayuan bagi status tidak berjaya boleh dibuat mulai 22 Julai 2022 jam 12.00 tengah hari.
Untuk makluman, UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.
Bagi pelajar yang telah membuat permohonan sebelum ini, semakan permohonan dan rayuan boleh dibuat sehingga 31 Julai 2022, jam 5.00 petang menerusi pautan yang disediakan.
Kemasukan Ke IPT
Semakan permohonan ini adalah permohonan bagi melanjutkan pengajian ke:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, dan Diploma.
Tatacara Membuat Semakan
Semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
i) Laman Web
- Layari laman web berikut:
– https://jpt.utm.my
– https://jpt.uum.edu.my
– https://jpt.unimas.my
– https://jpt.ums.edu.my
– https://jpt.umt.edu.my - Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
- Keputusan permohonan dipaparkan
ii) Aplikasi Telefon Pintar
Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:
- Google Play Store
- Apple App Store
- Huawei App Gallery
Setuju Terima Tawaran
Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 23 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022.
Pengesahan tersebut boleh dilakukan di lawan wen IPTA atau ILKA yang terlibat setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Permohonan Rayuan
Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran program pengajian, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari mulai 23 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Julai 2022, jam 5.00 petang.
Bagi kemasukan ke UA, rayuan boleh dibuat menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my dan untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, rayuan boleh dilakukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline sesi 2022/2023, sila hubungi:
- No Tel: 03-8870 8200
- Email: [email protected]