Semakan Pusat PKSK Sesi 2025/2026
Bagi murid yang telah membuat permohonan bagi kemasukan ke sekolah khusus bagi sesi 2025/2026, semakan bagi mengetahui Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) boleh dibuat sekarang.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai semakan ke pusat ini.
Mengenai PKSK
Untuk makluman, PKSK ialah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah berkenaan.
Kemasukan ke ini adalah menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Oleh itu, murid yang telah memohon kemasukan ke sekolah khusus akan menduduki ujian PKSK di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan.
Kategori Sekolah Khusus
Sebanyak 5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Syarat Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka memasukan Sekolah Khusus bagi sesi 2025/2026 iaitu:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon telah mendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.
- Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2025, murid Tahun 6 tahun 2024 mestilah:
– Berumur 12 tahun; atau
– Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013. - Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2025, murid Tingkatan 3 tahun 2023 mestilah:
– Berumur 15 tahun; atau
– Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.
Tarikh Semakan Pusat PKSK
Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan pusat pentaksiran mulai 13 September 2024 sehingga 17 Oktober 2024.
Format PKSK
Pelaksanaan PKSK akan menggunakan format berikut:
Perkara | Bahagian A (Kecerdasan Insaniah) | Bahagian B (Kecerdasan Intelek) | Bahagian C (Artikulasi Penulisan) |
Kaedah | Online | Online | Bertulis (Bersemuka) |
Jenis Item | Objektif Aneka Pilihan | Objektif Aneka Pilihan | Subjektif |
Cakupan Isi Kandungan | EQ, SQ, SSQ | IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah | Tajuk Ditetapkan |
Wajaran Skor | 20% | 70% | 10% |
Ujian PKSK
Pelaksanaan PKSK dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa.
Untuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Untuk fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Semakan Pusat PKSK
Semakan bagi pusat PKSK untuk kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh dibuat melalui pautan berikut:
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm?fbclid=IwY2xjawFQmJdleHRuA2FlbQIxMAABHcQAZvqfTEHScrfLVkS7ypWBhK5TZA-iGhhYjKyKv9MeE0hHvLTW9ZZf8w_aem_spEn-VQloiQdLXT4EfiKNw
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm?fbclid=IwY2xjawFQmKlleHRuA2FlbQIxMAABHfo6KEbEtT5_sPiyhZLflRO02XtODIjEtFP-RWLZ8bm65y9kPk2Q-ab0nQ_aem_pQy9Jl4OkQRJsOjQWOMeHg
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Sekolah Khusus, sila hantar email ke alamat [email protected].