Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan SBP & SMKA 2025/2026

Calon yang telah membuat permohonan rayuan bagi memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) untuk tahun 2025/2026, semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 7 Mac 2025.

Semakan keputuan rayuan ini adalah bagi pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan awal untuk kemasukan ke sekolah tersebut.

Ibu bapa dan pelajar boleh membuat semakan keputusan rayuan tersebut secara atas talian melalui pautan yang disediakan.

Mengenai Kemasukan Ke SBP & SMKA

Rayuan ini adalah melibatkan kemasukan ke SBP dan SMKA bagi sesi akademik 2024/2025.

Untuk makluman, penilaian kemasukan ke sekolah ini adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP dan SMKA secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Kategori Sekolah Khusus

6 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan

Tarikh untuk menyemak keputusan rayuan boleh dibuat mulai 7 Mac sehingga 17 Mac 2025.

Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan SBP & SMKA

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi kaedah berikut:

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai semakan rayuan kemasukan ke SBP & SMKA bagi 2025/2026, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk ke alamat-alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684

Baca juga: Yayasan Sime Darby: Permohonan Biasiswa & Dermasiswa 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: