Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Khusus 2025

Bagi permohonan ke Sekolah Khusus 2025, semakan tawaran kemasukan ke sekolah ini telah dibuka.

Ibu bapa atau murid yang telah membuat permohonan kemasukan ke sekolah ini bagi tahun 2025 boleh membuat semakan kemasukan secara atas talian.

Kemasukan ke sekolah ini adalah berdasarkan keputusan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Mengenai PKSK

Untuk makluman, PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Ini bermakna, murid yang ingin memasuki ke sekolah tersebut perlu mengambil pentaksiran ini sebagai prasyarat kemasukan.

Ini susulan susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020 yang mana Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Kategori Sekolah Khusus

5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Format PKSK

Format PKSK yang digunakan oleh KPM bagi kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

PerkaraBahagian A
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektif
Cakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Wajaran Skor20%70%10%

Pelaksanaan PKSK

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.

Untuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Adalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Kategori Semakan Kemasukan

Murid yang layak untuk membuat semakan kemasukan ini adalah bagi kemasukan:

  • Murid Tingkatan 1
  • Murid Tingkatan 4
  • Tahun 1 SVM

Semakan Tawaran Kemasukan

Semakan tawaran kemasukan ke sekolah ini boleh dibuat melalui pautan di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut kemasukan ke sekolah khusus 2025 ini boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my.

Baca juga: STAM 2024: Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: