Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2024

Bagi pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPM 2024, mereka boleh membuat semakan semula keputusan SPM tersebut melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).

Berikut merupakan penerangan mengenai peperiksaan SPM dan cara untuk memohon semakan semula.

Mengenai Peperiksaan SPM

Untuk makluman, SPM adalah peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Peperiksaan perlu diambil oleh semua pelajar yang akan menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.

Lebih penting lagi, keputusan peperiksaan ini digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak.

Tempoh Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM

Tempoh permohonan semakan semula dibuka selama 30 hari bermula daripada tarikh pengumuman keputusan iaitu bermula 24 April 2025 hingga 23 Mei 2025.

Caj Yang Dikenakan

Caj yang dikenakan bagi semakan semula keputusan adalah RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Syarat Permohonan Semakan Keputusan

Syarat permohonan untuk semakan semula ini adalah bagi calon yang tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi.

Syarat Permohonan Semakan Keputusan Status ‘T’

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ adalah calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/ Ujian Amali Sains/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut (sekiranya berkaitan) tetapi memperolehi gred ‘T’ bagi mata pelajaran berkenaan.

Tatacara Permohonan

Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat sepenuhnya secara dalam talian di https://elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP):

  1. Pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP hendaklah mendaftar dengan maklumat yang betul dan tepat.
  2. Pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan. pilih menu Semak Status untuk:
    – Menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat; atau
    – Menyemak keputusan KEKAL/BERUBAH.

Sekiranya pemohon memperolehi keputusan KEKAL, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai.

Sekiranya pemohon memperoleh keputusan BERUBAH:
– Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
– Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu

Soalan Lazim

Bagaimanakah semakan semula keputusan boleh dibuat?

Semakan semula keputusan boleh dibuat melalui laman web https://elp.moe.gov.my atau memuat turun aplikasi e-LP di Google Store atau Apple App Store.

Berapa lama tempoh permohonan semakan semula dibuka?

Tempoh semakan semula dibuka adalah selama 30 hari daripada keputusan diumumkan.

Berapakah kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula?

Kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula adalah RM100 bagi setiap subjek.

Bolehkah bayaran permohonan dibuat secara tunai?

Tidak. Bayaran penyemakan semula keputusan dibuat secara dalam talian sahaja.

Apakah syarat untuk permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024?

Syarat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah calon tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi.

Adakah calon boleh membuat bayaran permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan secara tunai?

Tidak. Pembayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat secara dalam talian sahaja melalui aplikasi e-LP.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai semakan semula keputusan SPM 2024, pemohon boleh:

  • Melayari portal rasmi di https://lp.moe.gov.my.
  • Merujuk manual e-LP untuk keterangan lanjut.
  • Mengemukakan e-mel kepada [email protected].
  • Menghubungi talian 03-8884 3785/ 3787/ 3365/ 3260/ 3443/ 3175/ 3439 mengikut waktu operasi berikut:
    – Isnin hingga Khamis 8.15 pagi hingga 4.30 petang
    – Jumaat 8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.45 petang hingga 4.30 petang
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: