SPAK: Semakan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS 2024

Individu yang telah membuat permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS (SPAK) 2024 boleh membuat semakan keputusan temu duga yang telah dibuat sebelum ini.

Berikut diterangkan cara-cara untuk membuat semakan keputusan temu duga bagi permohonan sijil ini.

Mengenai Sijil Pendidikan Kanak-Kanak KEMAS (SPAK)

Untuk makluman, untuk mendapatkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS, mereka perlu mengikuti kursus bagi mendapatkan sijil ini.

Kursus ini akan diadakan di institut/Pusat Latihan KEMAS bagi mereka yang telah membuat permohonan.

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS namun sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Tempoh Kursus

Tempoh kursus ini adalah selama 3 bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Mempunyai Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
  6. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol Diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan https://kis.kemas.gov.my/.

Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat permohonan akan ditolak dan hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Panggilan Temu Duga

Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Semakan Keputusan Temu Duga

Inidividu yang telah menghadiri temu duga berlangsung pada 4 hingga 5 Disember 2023 yang lalu boleh mula menyemak keputusan mulai 28 Disember 2023.

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://kis.kemas.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS (SPAK) 2024, sila layari laman web https://kis.kemas.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: