semakan-tawaran-kedua-mrsm

Semakan Tawaran Kedua Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 2022

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka proses semakan tawaran kedua kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2022.

Sebelum ini, semakan kemasukan pertama MRSM Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka pada 9 Mac 2022 bagi pemohon yang telah membuat permohonan.

Kini, semakan kemasukan tawaran kedua boleh dilakukan oleh ibu bapa dan murid yang telah membuat permohonan mulai 18 April 2022.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 ini adalah melibatkan 6 program MRSM yang ditawarkan di seluruh negara.

Cara Menyemak

Semakan kemasukan untuk Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web semakan kemasukan berikut mengikut tingkatan:
    – Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/
    – Tingkatan 2: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/
  2. Masukkan no kad pengenalan tanpa ‘-‘
  3. Klik butang ‘Log Masuk.’
  4. Keputusan permohonan kemasukan dipaparkan.

Tindakan Bagi Status Berjaya

Untuk pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka perlu membuat beberapa tindakan berikut:

  1. Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.
  2. Memuat turun dan mencetak surat tawaran, panduan pendaftaran MRSM, senarai semak dan lampiran Borang A, Borang Deklarasi COVID-19, Borang Maklumat Pelajar, dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
  3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa hari pendaftaran.
  4. Membuat bayaran yuran pendaftaran sehingga sebelum hari pendaftaran.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai semakan kemasukan tawaran kedua ke MRSM, sila hubungi talian 03-261 34517/4516/34578/34494/39070/34533.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top