Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus 23/24

Calon yang telah membuat permohonan rayuan bagi memasuki sekolah khusus untuk tahun 2023/2024, semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 20 April 2023 (Khamis).

Semakan keputuan rayuan ini adalah bagi pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan awal untuk kemasukan ke sekolah khusus pada tahun 2023.

Ibu bapa dan pelajar boleh membuat semakan keputusan rayuan tersebut secara atas talian melalui pautan yang disediakan.

Kemasukan Sekolah Khusus Sesi 2023 / 2024

Rayuan ini adalah melibatkan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2023/2024.

Penilaian kemasukan ke sekolah khusus ini adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Kategori Sekolah

Terdapat 5 sekolah dikategorikan sebagai sekolah khusus iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Cara Membuat Semakan Sekolah Khusus

Semakan rayuan ini adalah melibatkan kemasukan Tingkatan 1, 4 dan dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ini boleh dibuat melalui pautan berikut:

PENTING : Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. KPM berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon TIDAK LENGKAP semasa hari pendaftaran.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai semakan rayuan kemasukan ke sekolah khusus, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada e-mel [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: