IKBN: Senarai Lokasi Seluruh Negara & Kursus Ditawarkan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) adalah salah satu lagi institusi pendidikan yang menawarkan latihan vokasional atau TVET kepada para pelajarnya.

IKBN merupakan isntitusi yang bernaung di bawah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu salah satu komponen di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Secara umumnya, matlamat penubuhan IKBN adalah untuk memberi latihan vokasional kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir mengikut piawaian Jabatan Penbangunan Kemahiran (JPK).

Menerusi pengajian di IKBN, pelbagai kursus disediakan yang lazimnya mengambil masa 18 hingga 36 bulan mengikut bidang yang ditetapkan.

Syarat Umum Kemasukan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Syarat umum kemasukan ke IKBN bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Boleh membaca dan menulis.
  3. Berusia di antara 18-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya tamat Tingkatan 5.
  4. Pemohon masih belum berkahwin atau bujang.
  5. Sihat tubuh badan.
  6. Pemohon tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
  7. Pemohon belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (kecuali calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran).
  8. Pemohon sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan atau disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Senarai IKBN Seluruh Negara

Sebanyak 13 IKBN yang telah ditubuhkan setakat ini diseluruh negara iaitu:

  1. Institut Kemahiran Belia Negara Miri
  2. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra
  3. Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut
  4. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
  5. Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
  6. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
  7. Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
  8. Institut Kemahiran Belia Negara Pekan
  9. Institut Kemahiran Belia Negara Naka
  10. Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
  11. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat
  12. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
  13. Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah

Senarai Kurus Yang Ditawarkan

Senarai kursus yang ditawarkan mengikut IKBN di seluruh negara adalah seperti berikut:

KursusLokasi IKBN
-Automotif
-Mekanikal
-Hospitaliti
Institut Kemahiran Belia Negara Miri
-Kursus Kimpalan (Arka)
-Kursus Operasi Pemesinan
-Kursus Lukisan Mekanikal
-Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2)
-Kursus Jahitan Pakaian Wanita
-Kursus Penyelenggaraan Kereta
Institut Kemahiran Belia Negara Jitra
-Sijil Teknologi Eleketrik (PPU-Domestik)
-Sijil Teknologi Awam (Lukisan Senibina)
-Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2)
-Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa – PW4)
-Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera – A1)
-Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera – A4)
Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut
-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
-Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Terapi Kecantikan)
-Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)
-Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki)
-Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)
-Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen)
Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
-Kursus Teknologi Awam Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Kejuruteraan Awam
-Kursus Elektrikal Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Kejuruteraan Elektrikal
-Kursus Mekanikal Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Kejuruteraan Mekanikal
-Kursus Tekstil & Apperal Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Tekstil & Apperal
Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai
-Kursus Health, Safety & Enviroment (HSE)
-Kursus Inspection in Welding
-Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
-Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
-Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
-Sijil Teknologi Hospitaliti (Pengemasan-Housekeeping)
-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)
-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
-Elektronik Industri
-Juruteknik Elektrik Rendah
-Rangkaian Komputer
-Perekabentuk Multimedia Pengarangan
-Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
-Kursus Operasi Fabrikasi Paip (Pemasangan Paip Dan Gas)
-Kursus Boiler Maker
-Kursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Sheet Metal)
-Kursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Komposit)
Institut Kemahiran Belia Negara Pekan
-Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Komersil & Domestik)
-Diploma Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
-Penyejukbekuan
-Teknologi Pemprosesan Makanan
Institut Kemahiran Belia Negara Naka
-Hospitaliti (Penyediaan Roti)
-Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
-Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
-Multimedia (Penerbitan Video/Filem)
-Perhotelan (Operasi Pengemasan)
-Perhotelan (Operasi Kaunter Hadapan)
-Perkhidmatan Personal (Perekaan Gaya Rambut)
-Perkhidmatan Personal (Terapi Kecantikan)
Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
-Sijil Lanjutan Teknologi Multimedia (Multimedia Pengarangan)
-Sijil Lanjutan Teknologi Fotografi
-Sijil Teknologi Multimedia (Video Penerbitan)
-Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembinaan Landskap)
-Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman)
-Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman)
-Sijil Lanjutan Terapi Sukan
Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat
-Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
-Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)
-Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdangangan)
-Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
-Sijil Lanjutan Teknologi Maritim (Penyelenggaraan Marin)
-Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina)
-Sijil Teknologi Awam (Scaffolding-Tubular)
Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
Teknologi Tekstil  Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai IKBN, sila layari laman web http://kemahiran.kbs.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: