Senarai ILP (Institut Latihan Perindustrian), Lokasi & Kursus

Salah satu instituti pendidikan yang mewarkan kursus berkaitan TVET berasaskan sektor perindustrian di dalam negara ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

Penubuhan institusi pendidikan di bawah ILJTM adalah bertujuan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Di ILP, institusi pendidikan ini menawarkan program peringkat sijil dan sijil Lanjutan serta Diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Apa Itu ILP?

ILP adalah Institut Latihan Perindustrian dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Di ILJTM proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar.

Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.

Tempoh Pengajian

Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian untuk pelajar lepasan SPM adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun.
  3. Memenuhi syarat khas kursus.
  4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja.
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Bagi lepasan SKM pula, syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun.
  3. Memenuhi syarat khas kursus.
  4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan.
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Senarai Kursus & Lokasi ILP

ILJTM terdiri daripada dua puluh tiga (23) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), lapan (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). 

Berikut adalah lokasi dan senarai kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian seluruh negara:

Sijil Teknologi
Penyenggaraan Mekanikal
ILP Kangar, ILP Kuala Lumpur, ILP Ipoh, ILP Kuantan, ILP Jitra, ILP Kota Bharu, ILP Bukit Katil, ILP Kota Kinabalu, ILP Kuala Terengganu, & ILP Labuan
Sijil Teknologi
Pembuatan (Pemesinan)
ILP Kota Samarahan
Sijil Teknologi Foundri ILP Ipoh
Sijil Teknologi Kimpalan ILP Pasir Gudang, ILP Ipoh, ILP Kota Samarahan, ILP Kuala Lumpur, ILP Kuantan, ILP Labuan, ILP Tangkak, ILP Kota Bharu, ILP Jitra, ILP Perai, ILP Bukit Katil, ILP Miri Anjung, ILP Muadzam Shah, ILP Pedas, & ILP Kangar
Sijil Teknologi
Fabrikasi Logam
ILP Ipoh, ILP Kuantan, ILP Tangkak, ILP Pasir Gudang, ILP Pedas, & ILP Kangar
Sijil Teknologi
Pemasangan Paip Minyak dan Gas
ILP Kota Samarahan, ILP Kuala Terengganu, ILP Miri
Sijil Teknologi Automotif ILP Jitra, ILP Kota Samarahan, ILP Kuala Lumpur, ILP Kota Bharu, ILP Perai Anjung, ILP Muadzam Shah, ILP Sandakan ILP, & Kota Kinabalu
Sijil Teknologi
Kenderaan Perdagangan Berat
ILP Jitra
Sijil Teknologi
CADD Mekanikal (Pembuatan)
ILP Ipoh, ILP Pedas, ILP Tangkak
Sijil Teknologi
Minyak & Gas (Lukisan
Perpaipan)
ILP Selandar, ILP Marang
Sijil Teknologi
Minyak & Gas-Mekanikal (Plant/Downstream)
ILP Pasir Gudang, ILP Labuan
Sijil Teknologi
Pembuatan (Perkakasan
– Plastic Mould)
ILP Tangkak
Sijil Teknologi
Elektrik
ILP Kota Samarahan, ILP Labuan, ILP Mersing, & ILP Miri
Sijil Teknologi
Penyejukbekuan &
Penyamanan Udara
ILP Ipoh, ILP Labuan, ILP Kuala Lumpur, ILP Jitra, ILP Kota Bharu, ILP Sandakan, ILP Miri, & ILP Kepala Batas
Sijil Teknologi
Instrumen Perindustrian
ILP Bukit Katil & ILP Pasir Gudang
Sijil Teknologi
Telekomunikasi
ILP Miri & ILP Kepala Batas
Sijil Teknologi Mekatronik ILP Marang, ILP Pedas, ILP Kangar, ILP Kota Kinabalu, ILP Tangkak, ILP Bukit Katil, ILP Kota Samarahan, & ILP Kuantan
Sijil Teknologi
Instrumen Kawalan
Proses
ILP Kepala Batas
Sijil Penjaga
Jentera Elektrik Voltan Rendah
ILP Kepala Batas
Sijil Teknologi
Elektrik
ILP Kuala Lumpur, ILP Kuantan, ILP Pasir Gudang, ILP Ipoh, ILP Arumugam Pillai N.Tebal, ILP Jitra, ILP Kota Bharu, ILP Kuala Terengganu, ILP Kota Kinabalu, & ILP Sandakan
Sijil Teknologi
CADD Senibina
ILP Kuantan, ILP Pedas, ILP Kuala Langat, & ILP Kota Kinabalu
Sijil Teknologi
Binaan (Berasaskan Kayu)
ILP Kuala Terengganu
Sijil Teknologi Binaan (Bangunan)ILP Labuan
Sijil Teknologi
Binaan (Paip & Sanitari)
ILP Kuala Terengganu & ILP Labuan
Sijil Teknologi
Reka Bentuk &
Pengeluaran Perabot
ILP Kota Bharu
Sijil Teknologi
Binaan (Sivil & Struktur)
ILP Kota Bharu
Sijil Teknologi
Rekabentuk Grafik
ILP Arumugam Pillai N.Tebal
Sijil Teknologi
Litografi Ofset
ILP Arumugam Pillai N.Tebal & ILP Kuala Lumpur
Sijil Teknologi Percetakan (Digital)
ILP Arumugam Pillai N.Tebal
Sijil Teknologi SeramikILP Ipoh
Sijil Teknologi
Komputer (Sistem)
ILP Perai, ILP Labuan, ILP Selandar, ILP Kuala Lumpur, ILP Kuala Terengganu, & ILP Kuantan
Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)
ILP Kuala Langat, ILP Tangkak, ILP Sandakan, ILP Miri, & ILP Selandar
Sijil Teknologi
Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)
ILP Selandar
Sijil Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) ILP Kuala Langat
Program
Integrasi Diploma
Teknologi Kimpalan
ILP Mersing
Program Integrasi Diploma
Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
ILP Kuala Lumpur, ILP Kuala Terengganu, ILP Pasir Gudang, ILP Pedas, ILP Kangar, ILP Kota Kinabalu, & ILP Kuantan
Program Integrasi Diploma Teknologi Polimer (Plastik)ILP Jitra, ILP Tangkak, ILP Marang, & ILP Bukit Katil
Program Integrasi Diploma
Teknologi Reka Bentuk
Produk Industri
ILP Pasir Gudang
Program Integrasi Diploma
Teknologi Automotif
ILP Mersing & ILP Marang
Program
Integrasi Diploma
Teknologi Pembuatan
(Perkakasan-Die)
ILP Pasir Gudang & ILP Ipoh
Program Integrasi Diploma
Teknologi Elektronik
ILP Pasir Gudang & ILP Kepala Batas
Program Integrasi Diploma
Teknologi Telekomunikasi
ILP Pedas & ILP Mersing
Program Integrasi Diploma
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
ILP Kuala Terengganu & ILP Mersing
Program Integrasi Diploma
Teknologi Mekatronik
ILP Kangar
Program Integrasi Diploma
Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)
ILP Kuala Terengganu

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai ILP, sila layari laman web https://www.jtm.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: