Lazimnya, senarai kedudukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terbaik di Malaysia ditentukan menerusi ranking terkini di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terbaharu.
Untuk makluman, MRSM merupakan institusi pendidikan di bawah MARA yang ditubuhkan pada Februari 1972.
Institusi pendidikan ini ditubuhkan untuk memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid Bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
Program Pendidikan MRSM
Program pendidikan MRSM terbahagi kepada 6 program iaitu:
- MRSM Program Premier
- MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- MRSM Program Ulul Albab
- MRSM Program Teknikal
- MRSM Program IB-MYP
- MRSM Program Bitara
i) MRSM Program Premier
Program ini menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Murid-murid yang mengikuti program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
ii) MRSM Program IGCSE
Program ini menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.
Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
iii) MRSM Program Ulul Albab
Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Murid-murid di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran.
iv) MRSM Program Teknikal
Program ini menawarkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
v) MRSM Program IB-MYP
Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
vi) MRSM Program Bitara
Program ini menawarkan pendidikan kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi murid (gifted & talented).
Murid-murid yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan murid yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).
Ranking MRSM Terbaik Di Malaysia (Terkini)
Bagaimana mengetahui manakah MRSM yang terbaik di Malaysia?
Ranking MRSM terkini berdasarkan kedudukan SPM tahun 2021 adalah seperti berikut:
No Ranking | MRSM | Gred Purata Sekolah |
1 | MRSM Taiping | 1.51 |
2 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.59 |
3 | MRSM Langkawi | 1.78 |
4 | MRSM Tun Abdul Razak | 1.96 |
5 | MRSM Alor Gajah | 2.03 |
6 | MRSM Johor Bahru | 2.08 |
7 | MRSM Kuala Kubu Bharu | 2.08 |
8 | MRSM Pengkalan Chepa | 2.16 |
9 | MRSM Kota Putera | 2.32 |
10 | MRSM Kuantan | 2.36 |
11 | MRSM Kuching | 2.36 |
12 | MRSM Sungai Besar | 2.38 |
13 | MRSM Parit | 2.39 |
14 | MRSM Pengkalan Hulu | 2.39 |
15 | MRSM Kuala Klawang | 2.42 |
16 | MRSM Tumpat | 2.42 |
17 | MRSM Bentong | 2.45 |
18 | MRSM Pasir Salak | 2.47 |
19 | MRSM Serting | 2.47 |
20 | MRSM Tun Dr. Ismail | 2.47 |
21 | MRSM Gemencheh | 2.49 |
22 | MRSM Kubang Pasu | 2.55 |
23 | MRSM Muadzam Shah | 2.56 |
24 | MRSM Betong | 2.58 |
25 | MRSM Terendak | 2.58 |
26 | MRSM Balik Pulau | 2.61 |
27 | MRSM Kepala Batas | 2.61 |
28 | MRSM Merbok | 2.61 |
29 | MRSM Felda (Trolak) | 2.65 |
30 | MRSM Mersing | 2.67 |
31 | MRSM Lenggong | 2.81 |
32 | MRSM Kuala Terengganu | 2.82 |
33 | MRSM Transkian | 2.83 |
34 | MRSM Baling | 2.86 |
35 | MRSM Pendang | 2.88 |
36 | MRSM Batu Pahat | 2.89 |
37 | MRSM Tun Ghazali Shafie | 2.91 |
38 | MRSM Muar | 2.92 |
39 | MRSM Gerik | 2.93 |
40 | MRSM Kota Kinabalu | 2.93 |
41 | MRSM Arau | 2.94 |
42 | MRSM Pasir Tumboh | 2.94 |
43 | MRSM Kuala Berang | 3.02 |
44 | MRSM PDRM Kulim | 3.06 |
45 | MRSM Besut | 3.08 |
46 | MRSM Tun Mustapha | 3.09 |
47 | MRSM Beseri | 3.12 |
48 | MRSM Mukah | 3.14 |
49 | MRSM Jeli | 3.16 |
50 | MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens | 3.30 |
51 | MRSM Sultan Azlan Shah | 3.34 |
52 | MRSM Kuala Krai | 3.70 |
53 | MRSM Semporna | 4.53 |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/.