Senarai Peribahasa Bahasa Melayu Beserta Maksudnya

Peribahasa merupakan salah seni percakapan yang wujud di dalam Bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Di dalam peperiksaan, murid-murid digalakkan untuk memasukkan peribahasa terutamanya di dalam karangan mereka bagi meningkatkan markah mereka di dalam peperiksaan tersebut.

Oleh kerana itu, murid-murid perlu mengetahui peribahasa dan maksudnya untuk memastikan peribahasa yang digunakan di dalam karangan sesuai digunakan.

Maksud Peribahasa Bahasa Melayu

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal atau pepatah.

Ini boleh dilihat melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=peribahasa.

Senarai Peribahasa

PeribahasaMaksud
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.Sesuatu perbuatan jahat itu akan mendapat balasan juga akhirnya.
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat.
Air dicincang tidak akan putusOrang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Air susu dibalas dengan air tubaKebaikan dibalas dengan kejahatan.
Air yang tenang, jangan disangka tiada buayaOrang yang diam jangan disangka pengecut.
Alah bisa, tegal biasaApabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya.
Alah membeli, menang memakaiBarang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganKalau sudah terlanjur, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
Anjing dengan bayang-bayangOrang yang tamak.
Bagai bertepuk sebelah tanganCinta kasih yang tidak berbalas.
Bagai duri dalam dagingSesuatu perkara yang tidak menyenangkan hati.
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masingTiada muafakat dalam sesuatu perbincangan/pentingkan diri sendiri.
Bagai isi dengan kukuSangat karib
Bagai kacang lupakan kulitOrang yang tidak mengenang budi.
Bagai melepaskan anjing tersepitMemberi pertolongan orang yang tidak tahu membalas jasa.
Bagai pinang dibelah duaSama cantik dan sama sepadan.
Berkubu sebelum alahBerjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.
Buang yang keruh, ambil yang jernihYang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai).
Campak baju nampak kurapMendedahkan keburukan diri sendiri
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jugaPerselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali
Cubit paha kanan, paha kiri pun terasaSetiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain.
Dapat durian runtuhMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Daripada segenggam jadi segantangBernasib baik.
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga.Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.
Digantung tidak bertaliSeseorang yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
Ditelan mati emak, diluah mati bapaDalam keadaan yang serba salah untuk membuat keputusan.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengahOrang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar akhirnya ia sendiri yang binasa.
Menanam tebu di tepi bibirMengeluarkan perkataan yang manis-manis.
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahiOrang yang bercakap besar sedangkan keluarganya melarat

KOLEKSI PERIBAHASA INFOGRAFIK DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Info Lanjut

Bagi mengetahui info mengenai peribahasa daripada DBP, sila layari laman web http://prpmv1.dbp.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *