Senarai Yang di-Pertuan Agong Sehingga Kini

Yang di-Pertuan Agong gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia yang mengamalkan pemerintahan raja berpelembagaan.

Di sebabkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. 

Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Namun, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat Baginda seseorang itu pada hemat baginda mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat.

Sejarah Institusi Yang di-Pertuan Agong

Sejarah Kerajaan Kesultanan Melayu di Malaysia telah bermula dari Kerajaan Langkasuka Purba dan Kerajaan Melayu Melaka. Kebanyakan Kesultanan negeri di Malaysia berakar dari Kerajaan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 masihi.

Namun, Kerajaan Kesultanan Kedah terkecuali kerana asal usulnya berasal dari Kerajaan Langkasuka iaitu sebuah kerajaan purba yang diasaskan pada abad ke-2 masihi.

Kerajaan Kedah juga merupakan kerajaan yang paling tua di Malaysia dan berkemungkinan juga Kerajaan yang paling tertua di dunia.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Perakuan Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat cuba menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Faktor Pemilihan

Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa seseorang Raja adalah layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali tiga sebab berikut:

  1. Raja itu belum dewasa.
  2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih; atau
  3. Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.

Senarai Yang di-Pertuan Agong

BilNamaTempoh Pemerintahan
1Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong I
Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
31 Ogos 1957 – 1 April 1960
2Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong II
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
14 April 1960 – 1 September 1960
3Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III
Almarhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
21 September 1960 – 20 September 1965
4Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
21 September 1965 – 20 September 1970
5Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
21 September 1970 – 20 September 1975
6Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VI
Almarhum Tengku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
21 September 1975 – 29 Mac 1979
7Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VII
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni 
Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
26 April 1979 – 25 April 1984
8Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
26 April 1984 – 25 April 1989
9Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni 
Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
26 April 1989 –25 April 1994
10Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong X
Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
26 April 1994 – 25 April 1999
11Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni 
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
26 April 1999 – 21 November 2001
12Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
13 Disember 2001 – 12 Disember 2006
13Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni 
Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
13 Disember 2006 – 12 Disember 2011
14Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV
Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
13 Disember 2011 – 12 Disember 2016
15Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V
13 Disember 2016 – 6 Januari 2019
16Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
7 Januari 2019 – Kini)

Yang di-Pertuan Agong ke-17

Bagi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Majlis Raja-raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas), diadakan di lstana Negara, pada hari Jumaat, 27 Oktober 2023 telah bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan lbrahim, Sultan Johor Darul Ta’zim telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh 5 tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Selain itu, Majlis Raja-raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh 5 tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Sumber: https://www.istananegara.gov.my/senarai-spb-yang-di-pertuan-agong/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: