SIAP FELDA: Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka

Anak peneroka FELDA berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA kini boleh memohon Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP).

Matlamat pelaksaaan SIAP adalah untuk:

  • Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
  • Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Oleh itu, anak peneroka yang berminat boleh membuat permohonan boleh memohon menerusi borang permohonan yang disediakan.

Kadar Insentif

Kadar insentif yang ditawarkan menerusi skim ini adalah seperti berikut:

  • Diploma: RM500.00
  • Ijazah Dalam Negara: RM1,000.00
  • Ijazah Luar Negara: RM1,500.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
  2. Had umur permohonan:
    – Peringkat Diploma: 18 hingga 23 tahun.
    – Peringkat Ijazah: 18 hingga 25 tahun.

Permohonan Tidak Layak

Permohonan yang tidak layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
  • Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan yang perlu diikuti untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan adalah seperti:

  1. Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  2. Salinan kad pengenalan pemohon
  3. Salinan kad pengenalan peneroka
  4. Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai SIAP, sila layari laman web https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: