STM 2024: Semakan Calon Layak Peperiksan Sijil Tahfiz Malaysia
Individu yang memohon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 2024 boleh membuat semakan calon layak menduduki peperiksaan tersebut.
STM merupakan sijil yang diperkenalkan oleh pada tahun 2011 sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Objektif Pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia
Objektif pelaksanaan sijil ini adalah untuk:
- Memberi pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran.
- Memberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia menghafaz al-Quran.
- Memberi peluang kepada golongan yang tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.
Kelebihan Diperoleh
Antara kelebihan yang bakal diperoleh bagi individu yang berjaya mendapat sijil ini adalah:
- Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
- Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.
Kaedah Penilaian
Untuk mendapatkan sijil ini, terdapat 3 kaedah penilaian yang perlu dilalui oleh para calon iaitu:
- Ujian Syafawi al-Quran (30 juz)
- Ujian Tahriri al-Quran (30 juz)
- Ujian Bertulis Pengetahuan Agama Islam
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 17 tahun dan ke atas.
- Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
- Mengemukakan surat pengesahan/rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’.
Tarikh Peperiksaan
Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 2 Tahun 2024 akan diadakan pada 3 Oktober 2024 (Khamis) bertempat di Pusat Peperiksaan mengikut zon yang telah ditetapkan:
ZON | PUSAT PEPERIKSAAN |
UTARA (Perlis, Kedah & Pulau Pinang) | INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR) 3138, Jalan Dato Haji Shuib 1/1, Taman Sri Taman 2, 05350 Alor Setar, Kedah |
TENGAH (Perak, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya) SELATAN (N.Sembilan, Melaka & Johor) | DARUL QURAN, JAKIMJalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor |
TIMUR (Kelantan, Terengganu & Pahang) | INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA WILAYAH TIMUR (ILTIM) 22000 Kampung Raja, Terengganu |
Setiap calon dikehendaki untuk masuk ke group whatsapp “CALON STM SIRI 2 2024 DARUL QURAN JAKIM” untuk mendapatkan maklumat berkaitan dari semasa ke semasa
Semakan Senarai Calon Layak
Semakan calon layak boleh dibuat menerusi pautan https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=1061.
Peraturan Menduduki Peperiksaan
Calon yang bakal menduduki peperiksaan perlulah memenuhi peraturan yang ditetapkan:
- Calon hendaklah membawa dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan) untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan.
- Calon hendaklah membawa Alat Tulis sendiri.
- Berpakaian sopan :
a) Lelaki
– Berkopiah / Bersongkok
– Berkasut
– Tidak memakai kain pelikat
b) Perempuan :
– Bertudung Labuh
– Menutup aurat
Info Lanjut Sijil Tahfiz Malaysia
Info lanjut mengenai STM, sila layari laman web https://www.darulquran.gov.my/ atau menghubungi pihak Darul Quran di talian +603-60635333.
Baca juga: Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Darul Quran 24/25