Darul Quran telah membuka permohonan bagi individu yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 bagi Tahun 2023.
STM merupakan sijil yang diperkenalkan oleh pada tahun 2011 sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan permohonan boleh dibuat sebelum 19 Mei 2023. dengan yuran permohonan sebanyak RM150 setiap permohonan.
Objektif Pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia
Objektif pelaksanaan sijil ini adalah untuk:
- Memberi pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran.
- Memberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia menghafaz al-Quran.
- Memberi peluang kepada golongan yang tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.
Kelebihan Diperoleh
Antara kelebihan yang bakal diperoleh bagi individu yang berjaya mendapat sijil ini adalah:
- Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
- Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.
Kaedah Penilaian
Untuk mendapatkan sijil ini, terdapat 3 kaedah penilaian yang perlu dilalui oleh para calon iaitu:
- Ujian Syafawi al-Quran (30 juz)
- Ujian Tahriri al-Quran (30 juz)
- Ujian Bertulis Pengetahuan Agama Islam
Syarat Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2023
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 17 tahun dan ke atas.
- Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
- Mengemukakan surat pengesahan/rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Klik pada link berikut https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=770.
- Klik buat turun pada bahagian Borang Permohonan.
- Isi borang permohonan tersebut.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang dan dokumen ke alamat berikut:
Pengarah
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
(u.p:Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Sekeping gambar ukuran pasport (dilekatkan pada borang).
- Satu salinan kad pengenalan yang disahkan.
- Satu salinan sijil tamat hafazan 30 juzuk/surat pengesahan hafazan 30 juzuk/rekod hafazan 30 juzuk yang disahkan.
Info Lanjut Sijil Tahfiz Malaysia
Info lanjut mengenai STM, sila layari laman web https://www.darulquran.gov.my/.