Permohonan Sijil Tahfiz Negeri Perak 2025

Bagi mereka yang yang berumur 16 tahun ke atas dan telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran, permohonan bagi mendapatkan Sijil Tahfiz Negeri Perak telah dibuka.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai sijil tahfiz ini.
Mengenai Sijil Tahfiz Negeri Perak
Sijil Tahfiz Negeri Perak adalah salah satu usaha pengiktirafan Kerajaan Negeri Perak kepada penghafaz al-Quran yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.
Sijil tahfiz ini juga merupakan Syahadah Tahfiz yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Untuk mendapatkan sijil ini, pemohon mestilah melalui peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.
- Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
- Mempunyai sijil atau surat pengesahan khatam menghafaz 30 juzuk al-Quran dan disahkan oleh institusi yang berdaftar.
Format Peperiksaan
Format peperiksaan bagi sijil ini adalah seperti berikut:
Ujian Syafawi (70%)
- 30 soalan merangkumi setiap juzuk (1 Juzuk 1 Soalan) Mengandungi soalan aras rendah, sederhana dan tinggi.
Ujian Tahriri (30%)
- Ujian penulisan mashaf al-Quran mengikut kaedah Rasm Uthmani
- Terjemahan al-Quran
- Tajwid
- Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 2 jam 30 minit
Aras Soalan Peperiksaan
Aras soalan peperiksaan merangkumi:
- Soalan aras rendah: 50%
- Soalan aras sederhana: 30%
- Soalan aras tinggi: 20%
Skor Markah
Skor makah bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:
| Gred | Julat Markah |
| Mumtaz | 91-100 |
| Jayid Jiddan | 81-90 |
| Jayid | 70-80 |
| Maqbul | 60-70 |
Cara Memohon
Pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan https://forms.gle/AHSxZ4pPs2LDijz9A.
Setiap permohonan mestilah dibuat daripada tarikh 7 Ogos hingga 30 September 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai sijil tahfiz ini, sila hubungi 05 208 4950 / 4951 / 4947.
Baca juga: Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Ting 6 2025



