SIRAJ: Permohonan Tahun 1 Sekolah Integrasi Agama JAWI 2026

Ibu bapa di Wilayah Persekutuan yang mempunyai anak yang bakal memasuki Tahun 1 2026, permohonan kemasukan Tahun 1 Sekolah Integrasi Agama JAWI (SIRAJ) telah dibuka.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Mengenai Sekolah Integrasi Agama JAWI (SIRAJ)

Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau singkatannya SIRAJ merupakan sebuah sekolah rendah arus perdana yang beroperasi di bawah kelolaan dan pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

SIRAJ berstatus Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) yang didaftarkan di bawah Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM dan merupakan Sekolah Bantuan Modal Agensi Kerajaan iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kurikulum yang digunakan dalam sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  • Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI); dan
  • Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Keistimewaan SIRAJ

Keistimewaan sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Murid akan menerima bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan peruntukan aktiviti pembangunan BaitulmalMAIWP;
  • Murid akan dilindungi di bawah Skim Takaful Insuran secara percuma setiap tahun;
  • Pelaksanaan operasi satu sesi persekolahan daripada pagi hingga petang yang menggabungkan ketiga-tiga jenis kurikulum;
  • Penggunaan satu sekolah/ premis sahaja untuk mengikuti sesi pembelajaran akademik dan agama;
  • Penekanan terhadap amali Fardu Ain dan Al-Quran.
  •  Pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek;
  • Pengurusan murid yang sistematik dan terancang;
  • Pelibatan murid secara langsung dengan aktiviti-aktiviti kerohanian anjuranJAWI, MAIWP dan JAKIM;
  • Bantuan kebajikan dan penyediaan kemudahan daripada JAWI dan MAIWP.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah ini di seluruh Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

  • SIRAJ Saidina Uthman Bin Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur;
  • SIRAL Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur;
  • SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Kampung Pasir, Kuala Lumpur;
  • SIRAJ Abu Dzar Al-Ghiffari, Jinjang, Kuala Lumpur;
  • SIRAJ Abdullah Ibnu Mas’ud, Presint 19, Putrajaya
  • SIRAJ Saidina Umar Al-Kattab, Lubuk Temiang Labuan;

Senarai Mata Pelajaran

Senarai mata pelajaran yang bakal diajar di sekolah ini adalah seperti berikut:

a) Tahun 1 – 6:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Bahasa Arab

b)  Tahun 4 – 6: 

  • Sejarah
  • Reka Bentuk dan Teknologi

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah ini bagi Tahun 1 adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran dibuka dari 3 Jun sehingga 2 Julai 2025.
  2. Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020.
  3. Telah berdaftar di Sekolah Kebangsaan KPM.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://linktr.ee/edu_upm?utm_source=qr_code.

Tarikh permohonan dibuka mulai 3 Jun sehingga 2 Julai 2025.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke sekolah ini, sila layari pautan https://linktr.ee/edu_upm?utm_source=qr_code.

Baca juga: Permohonan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2025

    SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: