skim agihan-zakat-kedah

Permohonan Skim Agihan Bina Rumah Kedah (Guru KAFA Sahaja)

Guru KAFA di Negeri Kedah yang belum memiliki rumah sendiri boleh memohon pembiayaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerusi Skim Agihan Bina Rumah Kedah.

Skim Agihan Bina Rumah Kedah diwujudkan menerusi kerjasama strategik antara BIMB dan LZNK yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 untuk membiayai perumahan kepada guru KAFA di Negeri Kedah.

Kepada guru KAFA yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 1 Julai 2022 sehingga 22 Julai 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Harga Rumah & Pembiayaan

Harga rumah yang ditawarkan menerusi skim ini adalah RM 57,000 bagi sebuah rumah dan RM 63,000 bagi daerah Langkawi sahaja.

LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.

Baki 50% akan ditanggung pemohon menerusi bayaran bulanan antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
  3. Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  4. Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  5. Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
  6. Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  7. Memiliki geran tanah sendiri yang didaftarkan atas nama pemohon.
  8. Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.
  9. Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB.

Tatacara Permohonan

Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.
  2. Di bahagian “Skim Agihan Bina Rumah” muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan yang perlu disediakan pemohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
  2. Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  3. Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).
  4. Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
  5. Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.
  6. Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).
  7. Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.
  8. Salinan geran tanah yang disahkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Bina Rumah, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top