Skim Agihan Pendidikan LZNK 2022: Tawaran Pengajian Asasi UniSHAMS

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mewanarkan Tawaran Pengajian Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) melalui Skim Agihan Pendidikan LZNK 2022.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar asnaf miskin lepasan SPM yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran dengan tajaan ke peringkat ASASI UniSHAMS bagi sesi kemasukkan Jun 2022.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 3 Julai 2022.

Kelebihan Tajaan

Kelebihan tajaan yang akan dinikmati oleh pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  • Yuran Pendaftaran
  • Yuran Penginapan Asrama
  • Elaun Sara Hidup Bulanan
  • Yuran Pengajian adalah Percuma dibawah tajaan UniSHAMS sepanjang tempoh pengajian.
  • Berpeluang Menerima Biasiswa LZNK diperingkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS (Menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajian diperingkat ASASI)

Bidang Tawaran

Bidang tawaran yang ditawarkan kepada pemohon adalah seperti berikut:

  • Asasi Pengajian Islam
  • Asasi Pengurusan
  • Asasi Sains

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh para permohon adalah seperti:

  1. Pemohon beragama Islam dan sedang bermastautin/menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  2. Proses Permohonan kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK untuk sesi pengajian 2022 (bagi pelajar yang belum membuat permohonan).
  3. Terbuka untuk semua bidang pengajian Asasi di UniSHAMS.
  4. Permohonan dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-sekurangnya  LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Bagi Permohonan Asasi Sains, Keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan.
  7. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

  1. Klik link permohonan http://bit.ly/AsasiUniSHAMS22.
  2. Isi semua maklumat permohonan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Agihan Pendidikan LZNK untuk pengajian Asasi di UniSHAMS, sila hubungi Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 013-4592071.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: