Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024

Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024 telah dibuka permohonannya kepada mereka yang memerlukan.

Untuk makluman, Skim Awal Persekolahan merupakan skim tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang dibuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.

Objektif utama skim ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Oleh yang demikian, ibu bapa yang tergolong dalam golongan asnaf yang terlibat boleh membuat permohonan mulai 11 September 2023 sehingga 20 Oktober 2023.

Syarat Kelayakan Skim Awal Persekolahan

Syarat kelayakan untuk menerima skim ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan pemastutin tetap.
  2. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak yang sedang bersekolah pada tahun 2024 (kecuali penerima Skim Bulanan Zakat Pulau Pinang, MAINPP):
    – Sekolah Rendah: Murid tahun 1 hingga tahun 6 sahaja.
    – Sekolah Menengah: Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja.
  4. Bilangan anak dan pendapatan kasar isi rumah:
    – 2 orang anak: RM1,800 dan ke bawah.
    – 3 orang anak: RM2,500 dan ke bawah.
    – 4 orang anak: RM2,750 dan ke bawah.
    – 5 orang anak dan ke atas: RM3,000 ke bawah.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan.

Borang permohonan boleh diperolehi di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran.

Isi borang permohonan tersebut dan sediakan dokumen yang diperlukan.

Hantar borang dan semua dokumen yang diperlukan kepada kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan isteri (jika bekerja).
  3. Salinan sijil cerai/sijil kematian/surat akuan (jika pemohon ibu tunggal).
  4. Surat pengesahan pelajar daripada pihak sekolah.
  5. Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
  6. Surat pengesahan daripada JKM/PERKESO/Pencen (jika berkaitan).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Skim Awal Persekolahan, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 04-549 8125/165/167/168 atau melayari laman web https://zakatpenang.com.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: