Permohonan Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2025
Skim Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2025 telah dibuka permohonannya kepada mereka yang memerlukan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim ini.
Mengenai Skim Awal Persekolahan
Untuk makluman, Skim Awal Persekolahan merupakan skim tahunan daripada Zakat Pulau Pinang yang dibuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Objektif utama skim ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Oleh yang demikian, ibu bapa yang tergolong dalam golongan asnaf yang terlibat boleh membuat permohonan sehingga 30 Oktober 2024 (Rabu).
Syarat Kelayakan Skim Awal Persekolahan
Syarat kelayakan untuk menerima skim ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan pemastutin tetap.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak yang sedang bersekolah pada tahun 2025 (kecuali penerima Skim Bulanan Zakat Pulau Pinang, MAINPP):
– Sekolah Rendah: Murid tahun 1 hingga tahun 6 sahaja.
– Sekolah Menengah: Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja. - Bilangan anak dan pendapatan kasar isi rumah:
– 2 orang anak: RM1,800 dan ke bawah.
– 3 orang anak: RM2,500 dan ke bawah.
– 4 orang anak: RM2,750 dan ke bawah.
– 5 orang anak dan ke atas: RM3,000 ke bawah.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan di kaunter ZPP yang berhampiran.
Isi borang permohonan tersebut dan sediakan dokumen yang diperlukan.
Hantar borang dan semua dokumen yang diperlukan kepada kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Slip gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan isteri (jika bekerja).
- Salinan sijil cerai/sijil kematian/surat akuan (jika pemohon ibu tunggal).
- Surat pengesahan pelajar daripada pihak sekolah.
- Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank.
- Surat pengesahan daripada JKM/PERKESO/Pencen (jika berkaitan).
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Skim Awal Persekolahan, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 04-549 8125/129/151/155/168 atau melayari laman web https://zakatpenang.com.
Baca juga: Permohonan Skim Permulaan Pelajar Tingkatan 6 (Bawah) MAINPP