Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 2025

Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor ditawarkan kepada atlet atau bekas atlet di Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Skim bantuan ini diwujudkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor untuk membantu atlet atau bekas atlet negeri tersebut melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi bantuan dermasiswa ini dibuka mulai 2 Jun – 30 Jun 2025.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan atlet kelahiran Johor atau merupakan atlet yang mewakili negeri Johor di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA).
  2. Pemohon merupakan atlet di dalam “senarai pendek” Program SUKMA 2024.
  3. Pemohon merupakan mahasiswa/mahasiswi sepenuh masa yang telah melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS.
  4. Pemohon sedang berada di semester kedua ke atas pada tahun permohonan dan sekurang-kurangnya mempunyai baki satu semester selepas tarikh permohonan.
  5. Tidak pernah menerima Skim Bantuan Dermasiswa MSNJ.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah di bawah iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1aDlIdwlnSgyir2hTKF0gklRaPQNExs5d/view?fbclid=IwY2xjawKs4YtleHRuA2FlbQIxMABicmlkETF4TzBZSWdnb28zVVNFVGZUAR5-C74PRkxy8PdEaZDxd-FjJ-ODz_CHef4lXabbDjN_vmAUsGFOGs7GY8M7_A_aem_OKRtJ-0r-BwxolnpdxaISw
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan setiap maklumat betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar semua dokumen ke alamat berikut:

    Pengarah
    Majlis Sukan Negeri Johor,
    Aras 1, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi,
    Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor.
    (U/p: Seksyen Pendidikan dan Kerjaya Atlet).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran daripada IPTA/IPTS
  2. Keputusan peperiksaan semester terkini
  3. Salinan kad pelajar IPTA/IPTS
  4. Surat pengesahan atlet daripada Persatuan Sukan Negeri
  5. Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa
  6. Salinan surat atau sijil pengesahan mewakili Negeri Johor di SUKMA
  7. Salinan sijil-sijil persekolahan (SPM/SPMV/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda) dan sijil-sijil sukan
  8. Salinan sijil berhenti sekolah pemohon
  9. Salinan akaun bank pemohon

* Semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai daripada Kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41, Kumpulan A ke atas) penghulu / ketua kampung / wakil rakyat).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor, sila layari Facebook Majlis Sukan Negeri Johor – MSNJ.

Baca juga: SRIDI: Permohonan Kemasukan Tahun 1 2026

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: