Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022
Untuk makluman, salah satu skim bantuan zakat yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP adalah Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran.
Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP adalah bantuan yang diberikan sebagai insentif kepada para penghafaz Al-Quran atas usaha mereka dalam menjaga kesucian dan memartabatkan Al-Quran.
Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 18 Julai 2022 iaitu hari Isnin dan permohonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak MAIWP sebelum 15 Ogos 2022, iaitu hari Isnin.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi skim ini adalah seperti berikut:
- Islam dan warganegara Malaysia.
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Mampu menghafaz Al-Quran minima 5 juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan dan memahami disiplin ilmu Al-Quran serta isi kandungan secara umum.
- Kategori juzuk yang ditawarkan adalah:
– Juzuk 1-5
– Juzuk 1-10
– Juzuk 1-20
– Juzuk 1-30 - Untuk pemohon kali pertama, pemohon boleh memohon mana-mana kategori juzuk bacaan.
- Bagi pemohon yang tidak pernah menerima bantuan (selain kategori 30 juzuk), permohonan bagi kategori juzuk yang sama tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon akan dinilai oleh panel Tasmi’ MAIWP.
Cara Memohon
Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi borang permohonan yang diperoleh melalui:
- Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA).
- Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
- Muat turun borang di laman web MAIWP https://www.maiwp.gov.my/.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, sila hubungi Unit Pendidikan Seksyen IPT di talian 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632.