Permohonan Skim Bantuan Ke IPTA Yayasan Makmur Batu Pahat

Yayasan Makmur Batu Pahat menawarkan Skim Bantuan Ke IPTA kepada pelajar daripada daerah Batu Pahat yang menyambung pengajian di IPTA.

Untuk makluman, Yayasan Makmur Batu Pahat adalah sebuah NGO kebajikan dibawah Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon skim bantuan ini, sila buat permohonan segera sebelum 31 Januari 2023.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan menerusi skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Diploma: RM600
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000

Kouta permohonan akan diberikan kepada 25 permohonan Diploma dan 25 permohonan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah atau bermastautin di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
  3. Telah mendapat tawaran/tempat belajar di IPTA.
  4. Pemohon tersenarai dalam e-kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), golongan B40 serta lain-lain golongan yang memerlukan akan diberikan keutamaan.
  5. Terbuka kepada kemasukan pendaftaran semester pertama sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://docdro.id/TTDuHlH.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semua dokumen ke alamat berikut:

    Yayasan Makmur Batu Pahat
    Aras 2, Menara MPBP, Jalan Rugayah,
    83000, Batu Pahat,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan:

  1. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA.
  2. Salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  3. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran semua isi rumah.
  4. Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Ke IPTA Yayasan Makmur Batu Pahat, sila hubungi 07-439 6826/07-439 6825.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: