Permohonan Skim Bantuan Pencetak (Printer) 2023 PIJ
Perbadanan Islam Johor (PIJ) menawarkan Skim Bantuan Pencetak (Printer) kepada penuntut universiti yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Tujuan utama skim ini diperkenalkan bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli pencetak bagi tujuan pembelajaran.
Skim bantuan yang ditawarkan ini adalah secara one-off untuk kemasukan ke IPTA dan permohonan dibuka bermula 15 Julai 2023 sehingga 15 Ogos 2023 ini.
Syarat Permohonan Skim Bantuan Pencetak (Printer) 2023 PIJ
Syarat permohonan untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia beragama Islam.
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
- Telah mendapat tawaran menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
- Pendapatan ibu dan bapa/penjaga tidak melebihi RM4,850.00 sebulan dan RM4,850.00 hingga RM5,880.00 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
- Terbuka kepada pelajar Tahun 1 (Kemasukan Semester Pertama) tahun semasa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam sahaja.
- Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat PIJ.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.pij.gov.my/.
- Muat turun borang ‘Bantuan Pengajian Tinggi – Bantuan Mesin Pencetak’
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Dapatkan pengesahan permohonan seperti yang diperlukan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke alamat berikut:
Perbadanan Islam Johor (PIJ)
(Bahagian Pembangunan Unit Insan),
T3.1, Bangunan PIJ,
26C, Jalan Rebana,
80250 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan dan sijil lahir pemohon, ibu bapa/penjaga pemohon.
- Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA dan kos yuran pendaftaran.
- Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga pemohon.
- Salinan sijil berhenti sekolah.
- Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).
- Salinan penyata akaun bank atas nama pemohon.
- Salinan resit bayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut Skim Bantuan Pencetak (Printer) 2023 PIJ
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pencetak (Printer), sila layari laman web https://www.pij.gov.my/.