skim-bantuan-pendaftaran-ke-ipt

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 Negeri Johor

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bagi anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa menerusi Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022.

Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT ditawarkan bagi anak Johor yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS (Kolej YPJ) sahaja.

Pemohon yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian mulai 28 Ogos 2022 sehingga 25 September 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima menerusi skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Diploma: RM500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000

Syarat Am

Syarat am permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ.
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
  5. Pendapatan ibu dan bapa/Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Pra Permohonan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Buat permohonan sehingga selesai.
  6. Muat turun slip pengesahan permohonan tersebut.
  7. Sediakan dokumen wajib yang diperlukan.
  8. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan.
  9. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  10. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon.
  11. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan) atau bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.

Dokumen Wajib

Dokumen wajib yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Slip pengesahan permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran.”
  2. Salinan kad pengenalan pelajar.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
  4. Salinan penyata pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip gaji/penyata pendapatan/penyata pencen).
  5. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA.
  6. Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).
  7. Salinan akaun bank pemohon sahaja (salinan resit pembayaran tidak diterima).
  8. Salinan resit pembayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/Kategori A/Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi JKKK/yang setaraf dengannya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022, sila layari laman web YPJ iaitu http://portal.ypj.gov.my/.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top