Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2025 Dalam Negara MAIJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah membuka tawaran untuk memohon Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2025 Dalam Negara khusus kepada anak-anak Johor yang melanjutkan pengajian di IPT Dalam Negara.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim bantuan ini.

Mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2025 Dalam Negara
Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2025 diwujudkan oleh MAIJ bagi membantu pelajar-pelajar anak Johor yang bakal mendaftar di IPT kelak.
Bantuan ini diberikan khusus bagi membantu pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah yang mempunyai anak yang bakal melanjutkan pengajian di IPT.
Pelajar yang layak akan diberikan bantuan mengikut peringkat pengajian.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diterima bagi pelajar yang layak adalah seperti berikut:
- Sijil: RM500.00
- Diploma: RM1,000.00
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,500.00
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk pelajar yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia beragama Islam.
- Anak kelahiran Johor dan menetap di negeri Johor.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pendapatan per kapita tidak melebihi RM800.00 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://epayment.maij.gov.my.
- Klik “Daftar Pengguna.”
- Masukkan no kad pengenalan dan klik “Semak No Kad Pengenalan.”
- Isi semua maklumat diperlukan.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Pilih Bantuan IPT Dalam Negara.
- Lengkapkan permohonan dan hantar.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai skim bantuan pendaftaran ini, sila layari Facebook Majlis Agama Islam Johor.