Permohonan Skim Bantuan Tiket Penerbangan (One-Off) MUIS
Salah satu bantuan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada anak Negeri Sabah yang melanjutkan pengajian di IPT adalah Skim Bantuan Tiket Penerbangan (One-Off).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim bantuan ini.
Mengenai MUIS
MUIS merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada Tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah dan pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (EPUI’ 92) di bawah seksyen 32 EPUI’92 dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004.
Tujuan utama penubuhan MUIS adalah untuk mengurus dan membangunkan institusi baitulmal, zakat dan harta wakaf.
Ini termasuklah untuk membantu para asnaf fisabilillah seperti para pelajar untuk menyambung pengajian mereka.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian pelajar yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
- Asasi
- Sijil
- Matrikulasi
- Diploma
- Ijazah Pertama
Syarat Permohonan Skim Bantuan Tiket Penerbangan
Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:
- Warganegara dan bermastautin di Sabah.
- 18 Tahun hingga 28 Tahun sahaja.
- Tidak melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran semester 1.
- Mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap akan diproses.
- Hanya Program Asasi/Matrikulasi/Sijil/Diploma/Ijazah Pertama.
- Pelajar tahun 1 semasa sahaja.
- Pengajian sepenuh masa.
- Mengisi borang Secara Online di https://appszakat.sabah.gov.my.
Cara Memohon
Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:
- Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
- Klik bahagian Log Masuk.
- Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat pendaftaran sehingga tamat.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected].
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada MUIS adalah seperti berikut:
- Salinan Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa.
- Salinan tawaran kursus/pengajian.
- Salinan Slip gaji ibu dan bapa yang terkini (Jika ibu dan bapa tidak berkerja, sertakan surat pengesahan daripada Ketua Daerah/Ketua Anak Negeri/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.
- Salinan tiket penerbangan yang lengkap beserta harga pembelian tiket (pastikan tertera booking number, detinasi, dan harga tiket).
- Salinan penyata akaun bank pemohon yang masih aktif (kecuali Tabung Haji & ASB)
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Tiket Penerbangan (One-Off) MUIS, sila hubungi 088-279 206.
Baca juga: Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MUIS 2024