Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal.
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
Pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Permohonan skim biasiswa pelajaran ini dibuka daripada 21 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.
Manfaat Diperoleh
Murid yang layak memperolehi skim biasiswa pelajaran ini akan memperoleh manfaat-manfaat berikut:
- Menerima biasiswa tahunan.
- Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan.
- Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Negeri Perak.
- Murid adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
- Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022.
- Pencapaian murid mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20biasiswa%20pelajaran%20baitulmal.pdf?fbclid=IwAR0A_Y7Gy2IJc_InNoOTHPLq7OfxMDa1vjeFvv4llM3V55Do3zwRtqdhXl0.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan ke alamat berikut:
Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat Aras 1,
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan ibu bapa.
- Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Salinan keputusan akhir tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah.
Info Lanjut
Sebarang makluman lanjut mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal, sila hubungi nombor talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).