Permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan W. Persekutuan

Anak-anak Wilayah Persekutuan terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi sesi pengajian 2021/2022, anda dialu-alukan memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan.

Untuk makluman, Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan “Syarikat Berhad Menurut Jaminan” yang ditubuhkan pada tahun 9 April 1986 dan dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.

Objektif penubuhannya adalah membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sama ada dalam aspek pendidikan, ekonomi, sosial, agama, dan teknologi.

Oleh itu, salah satu bantuan yang ditawarkan ialah Skim Biasiswa Pengajian Tinggi bagi membantu keluarga pelajar berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke UA sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama bagi kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.

Permohonan bagi skim biasiswa ini telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Oktober 2021.

Syarat Umum

Syarat umum yang dikenakan ke atas pemohon yang ingin memohon skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL/Putrajaya/Labuan).
  3. Pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  4. Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan (pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) dibahagi dengan bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan)
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  6. Tawaran adalah tertakluk kepada:
    – Penerimaan tawaran pengajian daripada UA.
    – Kemasukan adalah semester 1 tahun 1.

Syarat Akademik

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik iaitu:

  1. Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
  2. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Yayasan Wilayah Persekutuan iaitu https://www.yayasanwp.org/skim-biasiswa-pengajian-tinggi.
  2. Klik butang ‘Muat Turun Permohonan.’
  3. Muat turun borang permohonan tersebut.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Masukkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke dalam sampul surat serta catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
  7. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan secara pos ke alamat berikut:

    Yayasan Wilayah Persekutuan,
    Wisma YWP, No. 134,
    Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
    50300 Kuala Lumpur.

Pemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya dan pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tujuan temuduga.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat Beranak.
  2. Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  3. Penyata gaji/slip pencen terbaru ibubapa/penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja.
  4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada).
  5. Keputusan/transkrip peperiksaan:
    -SPM
    -STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan ini, sila hubungi Yayasan Wilayah Persekutuan di talian 03-2698 3075 atau menghantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: