Permohonan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPk

Anak-anak daripada keluarga B40 dan asnaf Negeri Perak yang menyambung pengajian di dalam negara dialu-alukan membuat permohonan Skim Dermasiswa Dalam Negara melalui Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Untuk makluman, tawaran penajaan menerusi Skim Dermasiswa Dalam Negara ini dikhaskan kepada mereka yang datang daripada keluarga B40 dan asnaf di Negeri Perak untuk melanjutkan pengajian di dalam negara.

Skim dermasiswa ini diwujudkan untuk membantu mereka dalam meneruskan pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT) walaupun mereka datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan mulai 16 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.

Bidang & Peringkat Pengajian

Bidang dan peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Sains dan Teknologi: Diploma Sains Aktuari
  • Klinikal dan Kesihatan: Diploma Fisioterapi dan Asasi Sains Perubatan
  • Kejuruteraan dan Teknikal: Asasi Sains Kejuruteraan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon skim dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar bermastautin di Negeri Perak.
  3. Pelajar daripada keluarga B40 (keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin).
  4. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022.
  5. Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT (dalam negara sahaja) yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20permohonan%20bantuan.pdf.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Unit Pembangunan Pendidikan,
    Bahagian Agihan Zakat
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar kepada MAIPk adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran pengajian.
  2. Salinan slip peperiksaan terkini.
    Surat penolakan bantuan/tajaan daripada agensi lain (bagi
    permohonan kali pertama)
  3. Salinan borang EA pemohon/pasangan pemohon/bapa/ibu/penjaga

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPk, sila hubungi Unit Pendidikan MAIPk di talian 019-5711383.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: