Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP 2025

Pelajar anak Pulau Pinang yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2025.

Berikut merupakan maklumat dan cara untuk memohon skim dermasiswa ini.

Mengenai Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang

Skim dermasiswa ini diwujudkan bagi membantu pelajar daripada Pulau Pinang yang sedang melanjutkan mengajian di IPT dan tidak mendapat bantuan atau tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada pihak lain.

Dengan pemberian bantuan dermasiswa ini, diharap mampu meringkankan beban pelajar dan menyuntik semangat mereka untuk bersungguh-sungguh menghabiskan pengajian mereka.

Permohonan bagi bantuan dermasiswa ini dibuka mulai 3 April 2025 sehingga 30 November 2025.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah

Institusi Pengajian

Bantuan dermasiswa ini dibuka kepada pelajar di institusi pengajian yang tersenarai dalam Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Senarai tersebut boleh dirujuk melalui laman web https://www.mqa.gov.my/.

Syarat Umum

Syarat umum bagi permohonan bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Pemastautin tetap negeri Pulau Pinang.
  3. Tidak mendapat bantuan/tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak kecuali PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
  4. Keputusan peperiksaan tahun semasa kumulatif 2.75 dan ke atas kecuali bagi pelajar luar negara.
  5. Permohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun.
  6. Keputusan peperiksaan pelajar Timur Tengah perlu mendapatkan pengesahan dari Atase Pulau Pinang.

    * Pelajar Mesir – Tiada tunggakan Yuran Wisma Seri Mutiara / Seri Pinang.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah di bawah iaitu:

  1. Layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ dan klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap sehingga selesai.
  6. Semak semua maklumat sehingga selesai.
  7. Hantar permohonan tersebut.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP 2025, sila hubungi:

Bahagian Akademik dan Pendidikan
Unit Pendidikan & Dermasiswa, 
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tel: 04-549 8088 (Ext: 125/129/151/155/168)
WhatsApp: +60111 507 1117 / +6019 431 9199
E-mel: [email protected]

Baca juga: Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang KPM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: