SYABAS: Skim Jaya Usahawan Belia Sabah 2024
Belia di negeri Sabah yang ingin terlibat dalam bidang keusahawanan, mereka adalah dialu-alukan untuk memohon Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim usahawan ini.
Mengenai SYABAS
Program Skim Jaya Usahawan Belia atau SYABAS merupakan sebuah program Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2024 di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bagi membantu belia yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan di Sabah.
Program ini menyediakan kemudahan kewangan dan latihan kepada para usahawan belia negeri Sabah.
Objektif utama program ini adalah untuk membantu belia yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan.
Permohonan adalah tertakluk kepada 2,500 permohonan terawal dan belia yang berminat boleh membuat permohonan segera.
Jumlah Bantuan Geran
Untuk belia yang layak, mereka akan menerima geran sebanyak RM2,000.00.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:
- Permohonan dana adalah secara atas talian pada Google Form atau borang permohonan yang telah disediakan.
- Terbuka kepada Belia Sabah yang berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
- Belum pernah menerima bantuan SYABAS siri pertama.
- Maklumat dan dokumen permohonan adalah diperlukan:
– Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
– Salinan Kad Pengenalan (disahkan benar).
– Mengemukakan penyata akaun bank syarikat (3 Bulan).
– Gambar Premis Perniagaan (sekiranya ada).
– Dokumen sokongan (sijil-sijil, gambar produk atau perkhidmatan, resit dan sebarang dokumen yang berkaitan dengan perniagaan).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila isi maklumat permohonan di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSea9XhjlX726dI7hOOskurjsHX1Uxp1-_xl-AxwJPVYq9–Hw/viewform?pli=1
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai skim ini, sila layari laman web https://www.kbs.sabah.gov.my.
Baca juga: