Mohon Skim Latihan Khas MAINS: Bayaran Bulanan Sehingga RM1,000

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah memperkenalkan program latihan khusus kepada graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian di Timur Tengah dan tempatan iaitu Skim Latihan Khas MAINS.

Skim Latihan Khas MAINS adalah program latihan yang ditawarkan kepada graduan yang telah menamatkan pengajian di Timur Tengah dan tempatan sesi 2020/2021 untuk menjalani latihan secara kontrak di MAINS.

Menariknya, graduan yang terpilih menjalani skim latihan ini akan diberikan elaun bulanan, perjalanan, tuntutan kerja lebih masa, caruman KWSP, PERKESO dan lain-lain faedah.

Graduan yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 28 Februari 2022 secara atas talian.

Bayaran Bulanan

Bayaran bulanan yang ditawarkan kepada graduan yang berminat adalah mengikut peringkat pengajian:

  • Graduan Diploma: RM700 sebulan.
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda: RM1,000 sebulan.

Jenis Latihan

Jenis latihan yang ditawarkan kepada graduan menerusi skim ini adalah seperti berikut:

  • Zakat
  • Wakaf
  • Kaunseling
  • Khidmat Pelanggan
  • Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Teknologi Maklumat
  • Kewangan
  • Korporat
  • Ukur Bahan
  • Penyelidikan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi graduan untuk memohon skim latihan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Berkemahiran menggunakan komputer.
  5. Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat.

Cara Memohon

Graduan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut iaitu https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/
  2. Klik bahagian ‘Skim Latihan Khas MAINS’ dan klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Memohon.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Baru.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  5. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Latihan Khas MAINS boleh dirujuk melalui laman web https://www.mains.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: