Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT & YT-TI Young Talent Scholarship

Yayasan Terengganu (YT) mempelawa pelajar Negeri Terengganu untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT dan YT-TI Young Talent Scholarship Programme.

YT ditubuhkan pada 1 Mei 1972 untuk membantu kerajaan negeri memajukan industri pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.

Oleh kerana itu, YT menawarkan kedua-dua biasiswa ini untuk membantu pelajar di Negeri Terengganu yang cemerlang.

Permohonan kedua-dua biasiswa boleh dibuat mulai 26 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.

Syarat Umum

Syarat umum bagi permohonan kedua-dua biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Skim Pelajar Cemerlang YT

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

ii) YT-TI Young Talent Scholarship Programme

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
  5. Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurang-kurangnya di peringkat negeri/kebangsaan.

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi kedua-dua biasiswa ini adalah seperti berikut:

Skim Pelajar Cemerlang YTYT-TI Young Talent Scholarship Programme
Tawaran PengajianTelah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Lepasan Program Persediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau Setaraf)Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program
persediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau setaraf) dan lulus SPM dengan
mendapat Gred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET.
Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi/Matrikulasi atau setaraf) dan lulus SPM dengan mendapat
Gred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan
MUET.
Lepasan STPM/STAMLulus dengan cemerlang (Mumtaz/CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan STPM/STAM dan memperolehi Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.
Lulus dengan cemerlang (CGPA 4.00/Mumtaz) dalam peperiksaan STPM/STAM
dan memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.
Bidang PengajianPelbagai bidang/kursus.
(Keutamaan diberi kepada mereka yang mengikuti bidang/kursus ikhtisas dan kritikal).
– Kepintaran Buatan (AI)
– Sains Data (Big Data)
– Undang-Undang
– Muamalat
– Pentadbiran Korporat
– Sains Kesihatan (Fisioterapi)
– Perladangan

Tatacara Permohon

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan iaitu:

  1. Layari laman web https://yt.gov.my/penajaan/.
  2. Klik “Mohon Sekarang.”
  3. Klik “Daftar Akaun.”
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar.”
  5. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua biasiswa ini, sila layari laman web YT iaitu https://yt.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: