Tawaran Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman
Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang layak berpeluang untuk menerima skim pembiayaan menerusi Skim Pembiayaan Pendidikan Program Dual Ijazah UMP-Jerman.
Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman adalah skim pembiayaan hasil daripada kerjasama yang terjalin antara UMP dan institusi pendidikan di Jerman yang telah melangkaui satu abad.
Matlamat skim pembiayaan ini adalah untuk membantu pelajar UMP yang datang daripada keluarga B40 dan M40.
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 17 November 2022.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi skim pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Kategori B40 atau M40.
- Pelajar sekurang-kurangnya perlu memohon pinjaman PTPTN.
- Mempunyai rekod permohonan penajaan luar seperti MARA/JPA tetapi ia ditolak atau gagal.
- Kedudukan akademik PNGK 3.0 ke atas pada semester semasa.
- Jumlah pembiayaan yang ditaja selepas ditolak penjanaan separa daripada agensi lain seperti PTPTN.
- Pembiayaan adalah hanya untuk yuran pengajian dan penginapan asrama UMP sahaja.
Syarat Penjamin
Permohonan skim pembiayaan ini memerlukan penjamin dan syarat penjamin yang ditetapkan adalah seperti:
- Perlu dijamin oleh 1 orang sahaja.
- Penjamin bermastautin di Malaysia.
- Penjamin tidak diisytihar bankrap.
- Gaji bersih bulanan tidak kurang daripada 40% setelah ditolak jumlah ansuran bulanan pemohon pembiayaan.
Tatacara Memohon
Untuk memohon, sila ikuti tatacara permohonan berikut:
- Layari laman web https://cdn.me-qr.com/pdf/2051563.pdf.
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan tersebut.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke pejabat Pusat Kerjasama Strategik Akademik UMP.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk disertakan adalah seperti berikut:
- Kad Pengenalan (Pemohon dan Penjamin).
- Slip gaji/pendapatan (Penjamin).
- Surat tawaran UMP (Pemohon).
- Transkrip akademik UMP (Pemohon).
- Dokumen sokongan yang menunjukkan permohonan penajaan daripada agensi luar ditolak (Pemohon),
Semua salinan dokumen yang dinyatakan seperti di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu Mukim/Ketua Masyarakat atau lain-lain yang setaraf.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Pendidikan Program Dual Ijazah UMP-Jerman, sila hubungi 09-4315663/012-9831100 atau menghantar emel ke [email protected].