Skim Permata Sejahtera 2023: Simpanan SSPN-i Bayi Terengganu

Untuk anak yang dilahirkan di Negeri Terengganu, mereka berpeluang untuk mendapat sumbangan Simpanan SSPN-i daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerusi Skim Permata Sejahtera.

Apakah Skim Permata Sejahtera?

Skim Permata Sejahtera merupakan skim berbentuk sumbangan simpanan SSPN-i kepada anak-anak yang dilahirkan di Negeri Terengganu.

Ini bermakna, setiap anak yang dilahirkan di negeri tersebut berpeluang mendapat simpanan pendidikan SSPN-i yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan ketika mereka berumur 18 tahun.

Oleh itu, ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata di negeri tersebut dialu-alukan untuk memohon skim ini secara atas talian.

Keistimewaan SSPN-i / Skim Permata Sejahtera

Terdapat 6 keistimewaan utama yang bakal dinikmati ibu bapa yang mempunyai akaun SSPN-i iaitu:

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.
  2. Pelindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.
  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jumlah Sumbangan

Jumlah sumbangan yang akan diterima menerusi skim ini adalah seperti berikut:

  1. Anak pertama hingga ke-6: RM100.00
  2. Anak ke-7: RM200.00
  3. Anak ke-8: RM300.00
  4. Anak ke-9: RM400.00
  5. Anak ke-10 dan ke atas: RM500.00

Syarat Permohonan Skim Permata Sejahtera 2023

Syarat permohonan bagi ibu bapa yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2023 sehingga 31.12.2023.
  2. Bagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
  3. Ibu atau bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  4. Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan bagi skim ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan berikut iaitu https://www.ptptn.gov.my/sumbangan/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Seterusnya.”
  3. Muat naik salinan dokumen yang diperlukan.
  4. Buat perakuan dan hantar permohonan.

Permohonan melalui manual (borang ) juga boleh dilakukan dengan mendapatkan borang di setiap Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di setiap Daerah tempat tinggal masing-masing.

Salinan Dokumen

Salinan dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan salinan MyKid bayi.
  2. Salinan MyKad ibu dan bapa.
  3. Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.
  4. Salinan Sijil Kelahiran atau MyKid/MyKad kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Permata Sejahtera, sila layarilaman web YPKT iaitu https://www.ypkt.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: