Permohonan Skim Permulaan Ke IPT Zakat P. Pinang 2025

Anak-anak Pulau Pinang yang akan mendaftar pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara, mereka boleh memohon bantuan yang disediakan oleh Zakat Pulau Pinang iaitu Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2025, Majlis Agma Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Berikut adalah info dan maklumat mengenai skim ini.
Mengenai Skim Permulaan Ke IPT
Skim ini adalah satu bentuk bantuan untuk membantu mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah untuk mendaftar di IPT sama ada dalam mahupun luar negara.
Tujuan utama skim ini diperkenalkan adalah untuk membantu ibu bapa dan pelajar menampung perbelanjaan awal semasa mendaftar ke IPT sama ada IPTA atau IPTS
Tambahan pula, skim ini dibuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat sijil atau matrikulasi, diploma, atau ijazah.
Skim permulaan ke IPT ini dibuka sepanjang tahun dan boleh dipohon secara atas talian.
Kadar Skim
Kadar bantuan yang ditawarkan melalui skim ini adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:
- Sijil atau matrikulasi: RM800
- Diploma: RM1000
- Ijazah: RM1200
- IPT Luar Negara: RM2,500
Syarat Umum
Syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Permohonan terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun.
- Pemastautin tetap negeri Pulau Pinang.
- Permohonan adalah sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.
Cara Memohon
Untuk memohon, permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Sila layari laman web zakatpenang2u.com.
- Klik butang ‘Log Masuk’
- Klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
- Isi maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Klik bahagian kemaskini Skim Permulaan Ke IPT.
- Buat permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:
BAHAGIAN AKADEMIK DAN PENDIDIKAN
Unit Pendidikan & Dermasiswa,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tel: 04-549 8088 (Ext: 125/129/151/155/168)
WhatsApp: +60111 507 1117 / +6019 431 9199
Emel: [email protected]
Baca juga: Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP 2025