SKIPMA: Permohonan Pinjaman Komputer Institusi Pendidikan MARA

Pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman komputer menerusi Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMa (SKIPMA).

Untuk makluman, SKIPMA adalah skim yang diwujudkan untuk membantu pelajar di IPMa memiliki komputer bagi menjalankan aktiviti pembelajaran.

Inisiatif ini adalah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran.

Pelajar boleh membuat permohonan skim ini yang akan dibuka pada 10 Ogos 2022 sehingga 23 Ogos 2022 secara online

Senarai IPMa

Pelajar yang menyambung pengajian di IPMa berikut layak untuk membuat permohonan:

  1. Kolej MARA (KM)
  2. MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  3. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  4. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  5. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  6. German Malaysian Institute (GMI)
  7. Kolej Profesional MARA (KPM)
  8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  9. Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)

Jumlah Pinjaman

Jumlah maksimum pinjaman komputer ini bagi pemohon yang layak adalah sebanyak RM3,000 sahaja.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Pelajar adalah berstatus Bumiputera.
  2. Ibu atau bapa pelajar adalah berstatus Bumiputera.
  3. Ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
    – Persediaan/Pra-Universiti
    – Sijil
    – Diploma
    – Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
  4. Had umur bagi yang layak memohon adalah tidak melebihi umut berikut:
    – Persediaan/Pra-Universiti: 20 tahun
    – Sijil/Diploma: 35 tahun
    – Ijazah Sarjana Muda: 45 tahun
  5. Pemohon yang layak adalah pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang 1 tahun daripada tarikh permohonan dibuat.
  6. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  7. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/pihak lain.

Syarat Penjamin Diperlukan

Skim pinjaman ini memerlukan seorang penjamin dan syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Penjamin merupakan ibu/bapa/penjaga/ahli Keluarga.
  4. Pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Pembayaran Balik Pinjaman

Pelajar yang berjaya dan layak menerima skim pinjaman ini perlu membayar balik pinjaman sepenuhnya dan tidak layak memohon pengurangan pinjaman ini.

Pembayaran boleh dibuat sekaligus atau secara ansuran bulanan dalam tempoh 18 bulan dan penyelesaian awal juga adalah dibenarkan.

Bayaran ansuran pinjaman bermula setelah tamat pengajian melalui potongan daripada akaun aktif yang telah dipersetujui oleh peminjam.

Pengiraan bayaran ansuran bulanan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Nilai Pinjaman (RM) ÷ Ansuran (RM) bulanan Tempoh Bayaran Balik (18 bulan) = Jumlah

Peminjam yang menarik diri atau diberhentikan pengajian dan menamatkan pengajian adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tamat pengajian.

Tatacara Permohonan

Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://aplikasi.mara.gov.my/skip/.
  2. Klik butang ‘Permohonan Online.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan dan klik butang ‘Next’ pada setiap paparan.
  4. Lengkapkan semua maklumat dan hantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai SKIPMA, sila layari https://aplikasi.mara.gov.my/skip/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: