SLAB/SLAI UM 2024: Biasisiwa Melanjutkan PhD Luar Negara

Bahagian Pengurusan Insan (HTM) Universiti Malaya (UM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik IPTA/Skim Latihan Akademik IPTA (SLAB/SLAI).

Berikut diterangkan mengenai permohonan SLAB/SLAI bagi tahun 2024.

Mengenai SLAB/SLAI

SLAB/SLAI ini merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara iaitu di 50 buah universiti terbaik dunia.

Namun, keutamaan diberikan kepada negara berikut:

  • Singapura
  • Taiwan
  • China
  • Korea Selatan
  • Amerika Syarikat

Pemohon yang berminat, boleh membuat permohonan segera untuk mendapatkan biasiswa ini.

Tawaran Biasiswa

Biasiswa di bawah SLAB/SLAI ditawarkan kepada pemohon berikut:

  • Menyambung pengajian Phd di universiti yang berada di kedudukan 50 terbaik dunia oleh QS WUR/QS WUR by subject.
  • Penajaan adalah untuk ‘single program’ sahaja.
  • Baki tempoh pengajian minimum 4 semester (daripada 36 bulan atau 48 bulan daripada tempoh pengajian asal).
  • Bebas daripada status peminjam tegar PTPTN.
  • Pemegang biasiswa di bawah MyBrain15 tidak layak memohon.

Syarat Pemilihan Penyelia

Syarat pemilihan penyelia adalah seperti berikut:

i) Bidang Sains

  1. Bertaraf Profesor.
  2. Calon hendaklah memastikan bidang penyelia merupakan bidang utama/dominan/sama dengan pengajian.
  3. H-index adalah >25.
  4. Penyeliaan PhD graduat adalah >15.

ii) Bidang Sains Sosial

  1. Bertaraf Profesor.
  2. Calon hendaklah memastikan bidang penyelia merupakan bidang utama/dominan/sama dengan pengajian.
  3. H-index adalah >15.
  4. Penyeliaan PhD graduat adalah >10.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Telah mendapat surat tawaran rasmi.
  3. Berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi peringkat PhD atau setaraf.
  4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda kelas pertama.
  5. Kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris peringkat SPM.
  6. Hanya memohon 1 Pusat Tanggungjawab dan 1 bidang pengajian sahaja.
  7. Tidak menerima dan mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain.
  8. Bebas daripada tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.
  9. Calon yang pernah mengikuti program PhD atau setaraf di mana-mana Universiti Awam atau luar negara dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.

Tatacara Permohonan

Pemohon yang memenuhi syarat permohonan dan ingin memohon boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat HTM dengan segera.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai biasiswa di bawah SLAB/SLAI ini, sila hubungi:

Layari laman web UM iaitu https://www.um.edu.my/ untuk info lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: