SM Imtiaz YT: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2026

Murid yang berminat bagi ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi tahun 2026, permohonan kemasukan Tingkatan 1 2026 dibuka mulai 19 September 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.

Mengenai SM Imtiaz Yayasan Terengganu

Sekolah Menengah Imtiaz telah ditubuhkan pada tahun 1999 di Besut hasil cetusan idea Dato’ Seri Idris Jusoh  yang pada masa itu Timbalan Menteri Pembangunan dengan mengabungkan aliran Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).

Sekolah ini kemudiannya diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan mula berkembang meliputi empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Yayasan Imtiaz Dungun, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Kemaman dan kini berkembang kepada 8 buah sekolah di seluruh Terengganu.

Selain menggabungkan alisan Sains dan Agama, sekolah ini juga program khas tahfiz Mandarin bermula pada tahun 2020 iaitu di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.

Senarai Sekolah Menengah Imtiaz

Terdapat 8 Sekolah Menengah Imtiaz di seluruh Terengganu adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Besut
  2. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
  3. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
  4. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
  5. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
  6. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
  7. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
  8. Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Marang

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat terengganu.
    – Ibu atau / dan bapa lahir di terengganu atau;
    – Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  2. Pemohon wajib mengisi borang kemasukan dan wajib menduduki ujian kemasukan Imtiaz serta sesi temu duga.
  3. Lulus dalam ujian kemasukan Imtiaz dan sesi temu duga.
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah (bebas penyakit kronik, lelah dan penyakit berjangkit).
  5. Bersetuju menerima Sek. Men. Imtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan.
  6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sek. Men. Imtiaz Yayasan Terengganu.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan permohonan iaitu https://kemasukanimtiaz.awfatech.com/.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke tingkatan 1 SM Imtiaz, sila hubungi 09-621 1800 atau whatsapp 09-621 1920 atau emel ke [email protected].

Baca juga: Permohonan HLP Separa Biasiswa (SB) PPPT KPT 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: