Permohonan Tingkatan 1 & 4 SMA MAIWP & SMISTA 2025
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) telah dibuka bagi kemasukan tahun 2025.
Bagi mereka yang berminat, sila rujuk kepada cara-cara membuat permohonan seperti di bawah.
Mengenai Sekolah Di Bawah MAIWP
Untuk makluman, MAIWP mempunyai institusi pendidikan di bawahnya dan antara institusi pendidikan peringkat menengah yang ditubuhkan oleh MAIWP adalah SMA MAIWP dan SMISTA.
Penubuhan institusi pendidikan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, penubuhan institusi pendidikan peringkat menengah ini juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.
Senarai Sekolah Di Bawah MAIWP
Senarai sekolah di bawah MAIWP untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:
- SMA MAIWP Kuala Lumpur– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
- SMA MAIWP Labuan– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang juga melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Keutamaan bagi murid yang lahir atau bermastautin/menetap di Wilayah Persekutuan.
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini.
- Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf.
- Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca Al-Quran dengan baik.
- Aktif dalam bidang ko-kurikulum.
- Lulus cemerlang temu duga kemasukan.
Tatacara Permohonan
Untuk permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan iaitu https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/
- Klik bahagian ‘Pendaftaran Pelajar.’
- Pilih sekolah dan masukkan no kad pengenalan diikuti dengan klik butang ‘Semakan.’
- Lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan Tingkatan 1 & 4 SMA MAIWP dan SMISTA 2025, sila layari laman web MAIWP https://www.maiwp.gov.my/.