SMAN Pahang: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2025

Jabatan Agama Islam Pahang telah membuka iklan permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang untuk tahun 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.
Mengenai SMAN Pahang
SMAN merupakan sekolah yang dikelolakan di bawah kerajaan negeri dan di negeri Pahang, ianya dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pahang.
Sekolah ini menumpukan kepada pendidikan agama Islam selain kurikulum pembelajarannya adalah mengikut kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Di seluruh negeri Pahang, terdapat 18 buah sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Pahang di dalam kategori SMAN.
Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2025, ibu bapa boleh membuat permohonan sebelum 30 November 2024.
Senarai Sekolah SMAN Pahang
Senarai sekolah ini adalah seperti berikut:
- Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang
- Sekolah Menengah Agama Al-Attas Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan
- Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Jalan Tanjong Api, Kuantan
- Sekolah Menengah Agama Maran
- Sekolah Menengah Agama Chenor, Chenor
- Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh
- Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh
- Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar
- Sekolah Menengah Agama Al-Basriah, Kuala Tembeling
- Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku
- Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah, Dong
- Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Batu Talam
- Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka
- Sekolah Menengah Agama Pelangai
- Sekolah Menengah Agama Rompin, Kuala Rompin
- Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah
- Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan
- Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah, Temerloh
Syarat Kelayakan Kemasukan
Syarat kelayakan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak negeri Pahang Darul Makmur
- Tamat tahun 6 di sekolah bantuan penuh kerajaan atau setaraf dengannya.
- Berkelakuan baik.
Temu Duga & Ujian Kemasukan
Mereka yang memohon kemasukan perlu menghadiri temu duga dan mengambil ujian bagi melayakkan kemasukan seperti:
- Membaca al-Quran
- Menulis dan membaca jawi
- Pengetahuan agama Islam
- Ujian bertulis seperti:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Bahasa Arab
– Pendidikan Islam
– Matematik
– Sains
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Pergi ke pautan permohonan iaitu: https://esma.pahang.gov.my.
- Isi maklumat yang diminta dengan lengkap.
- Setelah selesai mengisi maklumat dan membuat semakan, sila tekan butang hantar.
- Cetak slip dan hantar ke sekolah yang diminta bersama dokumen yang lain.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemasukan ke SMAN Pahang, sila layari laman web https://esma.pahang.gov.my atau hubungi 09-4271111/1163.
Baca juga: SMAN Perak 2025: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1