SMAN Perak 2023: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak untuk tahun 2023, permohonan kemasukan akan dibuka tidak lama lagi.

Untuk makluman, SMAN merupakan Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak yang menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) beserta Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Dini Tahfiz (KBT).

Permohonan kemasukan SMAN Perak 2023 ini akan dibuka mulai 27 Oktober 2022 iaitu hari Khamis hingga 30 November 2022 iaitu hari Rabu.

Senarai Sekolah

Senarai SMAN Perak mengikut kurikulum yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) KSSM dan KBD

  • Sekolah Izzuddin Shah
  • Sekolah Raja Perempuan Taa’yah
  • Sekolah Raja Dr Nazrin Shah

ii) KSSM dan KBT

  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK 2021.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://e-smanperak.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Lengkapkan maklumat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke SMAN Perak 2023, sila hubungi:

Bahagian Pendidikan,
Jabatan Agama Islam Perak,
Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
No Tel: 05-2084950/4951/4955/4949/4938.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: