SMAN Perak 2025: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak untuk tahun 2025, permohonan kemasukan akan dibuka tidak lama lagi.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai sekolah ini.

Mengenai SMAN Perak

Untuk makluman, SMAN merupakan Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak yang menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) beserta Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Dini Tahfiz (KBT).

Sebanyak 8 buah sekolah ini di seluruh Negeri Perak yang menawarkan kemasukan ke Tingkatan 1 untuk tahun 2025.

Permohonan kemasukan akan dibuka mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2024.

Senarai SMAN Perak

Senarai SMAN Perak mengikut kurikulum yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) KSSM dan KBD

  • Sekolah Izzuddin Shah
  • Sekolah Raja Perempuan Taa’yah
  • Sekolah Raja Dr Nazrin Shah

ii) KSSM dan KBT

  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung (Lelaki)
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong (Lelaki)
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang (Perempuan)
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian (Perempuan)
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Tambun (Lelaki)

Mata Pelajaran

Mata pelajaran yang akan diajar adalah seperti berikut:

i) Bidang Dini

Mata PelajaranBidang
Usul al-DinAl-Tauhid
Al-Tafsir
Al-Hadis
Al-Sirah wa Tarikh al-Islam
Al-Akhlak wa al-Tasawwuf
Al-SyariahAl-Quran wa al-Hifz
Fiqh al-Ibadat
Fiqh al-Munakahat
Fiqh al-Muamalat
Fiqh al-Jinayat
Al-Lughah al-Arabiah al-
Mu’asirah
Al-Istima wa al-Kalam
Al-Qiraah
Al-Kitabah
Al-Mutalaah wa al-Ta’bir
Al-Nahu waal-Sarf

ii) Bidang Tahfiz

Mata PelajaranBidang
Hifz al-QuranHifz al-Quran
Fiqh al-Ayat
Maharat al-QuranUlum Al-Quran
Tajwid
Adab al-Quran

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam UPKK 2021.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://e-smanperak.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Lengkapkan maklumat permohonan sehingga selesai.

Ujian Akademik & Hafazan

Pemohon yang terpilih akan menjalani ujian akademik dan hafazan sebelum layak untuk memasuki sekolah ini.

Ujian akademik akan kepada semua pemohon dan pemohon dikehendaki membuat semakan dan mencetak slip panggilan Ujian Akademik.

Ujian khas hafazan pula akan dilaksanakan kepada murid yang memilih aliran Kurikulum BersepaduTahfiz (KBT) sahaja dan pemohon dikehendaki membuat semakan serta mencetak slip panggilan Ujian khas Hafazan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke SMAN Perak 2025, sila hubungi:

Bahagian Pendidikan,
Jabatan Agama Islam Perak,
Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
No Tel: 05-2084938/4955/4946/4954

Baca juga: Permohonan Tingkatan 6 STAM SMAN Pahang 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: