SMAN Perak 2026: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak untuk tahun 2026, permohonan kemasukan akan dibuka tidak lama lagi.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ke sekolah ini.
Mengenai SMAN Perak
Untuk makluman, SMAN merupakan Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak yang menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) beserta Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Dini Tahfiz (KBT).
Sebanyak 8 buah sekolah ini di seluruh Negeri Perak yang menawarkan kemasukan ke Tingkatan 1 untuk tahun 2026.

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 15 September 2025 sehingga 15 Oktober 2025.
Senarai SMAN Perak
Senarai SMAN Perak mengikut kurikulum yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i) KSSM dan KBD
- Sekolah Izzuddin Shah
- Sekolah Raja Perempuan Taa’yah
- Sekolah Raja Dr Nazrin Shah
ii) KSSM dan KBT
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung (Lelaki)
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong (Lelaki)
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang (Perempuan)
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian (Perempuan)
iii) KSSM & Tahfiz
- Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Tambun (Lelaki)
Mata Pelajaran
Mata pelajaran yang akan diajar adalah seperti berikut:
i) Bidang Dini
| Mata Pelajaran | Bidang |
| Usul al-Din | Al-Tauhid Al-Tafsir Al-Hadis Al-Sirah wa Tarikh al-Islam Al-Akhlak wa al-Tasawwuf |
| Al-Syariah | Al-Quran wa al-Hifz Fiqh al-Ibadat Fiqh al-Munakahat Fiqh al-Muamalat Fiqh al-Jinayat |
| Al-Lughah al-Arabiah al- Mu’asirah | Al-Istima wa al-Kalam Al-Qiraah Al-Kitabah Al-Mutalaah wa al-Ta’bir Al-Nahu waal-Sarf |
ii) Bidang Tahfiz
| Mata Pelajaran | Bidang |
| Hifz al-Quran | Hifz al-Quran Fiqh al-Ayat |
| Maharat al-Quran | Ulum Al-Quran Tajwid Adab al-Quran |
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah:
- Warganegara Malaysia
- Memperoleh minimum 5A dalam UPKK
- Memperoleh minimum 4A dalam Sijil Rendah Agama Islam (SRAI)
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu https://e-smanperak.my/.
- Klik bahagian ‘Permohonan.’
- Lengkapkan maklumat permohonan sehingga selesai.
Ujian Akademik & Hafazan
Pemohon yang terpilih akan menjalani ujian akademik dan hafazan sebelum layak untuk memasuki sekolah ini.
Ujian akademik akan kepada semua pemohon dan pemohon dikehendaki membuat semakan dan mencetak slip panggilan Ujian Akademik.
Ujian khas hafazan pula akan dilaksanakan kepada murid yang memilih aliran Kurikulum BersepaduTahfiz (KBT) sahaja dan pemohon dikehendaki membuat semakan serta mencetak slip panggilan Ujian khas Hafazan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke SMAN Perak 2026, sila hubungi:
Bahagian Pendidikan,
Jabatan Agama Islam Perak,
Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
No Tel: 05 208 4938 / 4954 / 4950 / 4951 / 4949
Baca juga: Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025



