SMAN Terengganu: Kemasukan Tingkatan 1 2026

Calon-calon lepasan tahun 6 di Negeri Terengganu yang berkelayakan dan berminat adalah dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Terengganu bagi sesi 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 4 September 2025 hingga 4 Oktober 2025.

Senarai Sekolah

Permohonan kemasukan adalah di sekolah-sekolah berikut:

Sekolah Menengah Agama (Berasrama Penuh)

  • Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (pengambilan murid lelaki sahaja)
  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu (pengambilan murid perempuan sahaja)

Sekolah Menengah Agama Harian

  • Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (pengambilan murid perempuan sahaja)
  • Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (pengambilan murid lelaki Sahaja)
  • Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
  • Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
  • Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
  • Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
  • Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
  • Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
  • Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu

Syarat Umum Kemasukan

Syarat umum kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia & rakyat Terengganu 
    – Calon mestilah lahir di Terengganu;
    – Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu;
    – Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu dan mempunyai niat serta bukti akan terus tinggal di Terengganu
  2. Berumur 13 tahun pada tahun semasa
    – Calon yang lahir pada pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014
  3. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik
    – Calon mestilah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik yang boleh menghalang terlibat aktiviti sekolah dan asrama
  4. Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024
    – Calon telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2024 atau sekurang-kurang mempunyai Sijil Kelas Fardu Ain lain yang setara.
    – Calon yang memperoleh keputusan terbaik akan diberi keutamaan
  5. Mengemukakan permohonan secara atas talian melalui laman web ditetapkan
    – Calon mestilah membuat pengisian borang permohonan secara atas talian
  6. Calon-calon dari :
    – Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)
    – Sekolah Kebangsaan (SK)
    – Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR)
  7. – Sekolah Rendah Agama Swasta
    – Bersetuju menerima mana-mana SMANT yang ditawarkan oleh JPINT
  8. Lulus ujian dan temu duga dijalankan oleh JPINT

Syarat Khusus Kemasukan

Syarat khusus kemasukan mestilah memperoleh keputusan UPKK atau setara mengikut sekolah – sekolah pilihan berikut :

KEMASUKAN KE SEKOLAHKRITERIA KHUSUS
 Kemasukan ke SMA(A)SZAMemperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A dalam UPKK
Kemasukan ke SMIDI Dungun & SMIDI Kuala NerusMemperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 8 Mumtaz (6 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 7A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara
Kemasukan ke SMA Khairiah Memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK
Kemasukan ke SMASZA Ladang Memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam UPKK
 Kemasukan ke SMIDI Besut & SMIDI Hulu TerengganuMemperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 5 Mumtaz (3 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 5A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara
Kemasukan ke SMA Maarif, SMA Sultan Ismail, SMA Mahmudiah & SMA MarangMemperoleh sekurang-kurangnya 2A dalam UPKK
Kemasukan ke SMA Al-FalahMemperoleh sekurang-kurangnya 1A dalam UPKK
Kemasukan ke SMA Ittifakiah  & SMA SetiuTerbuka kepada semua calon yang memenuhi kriteria-kriteria umum

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php.

Ujian Bertulis

Calon yang telah mengemukakan permohonan atas talian dan memenuhi kriteria umum & kriteria  khusus akan dipanggil menduduki ujian bertulis SMANT. 

Ujian berkenaan merangkumi penilaian perkara-perkara berikut : 

KERTAS 1 : Ujian Diniyyah (60 MARKAH)

  • Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muassirah – 20 soalan
  • Al-Syariah – 15 soalan
  • Usul Al-Din – 15 soalan
  • Menulis Jawi – 10 soalan

KERTAS 2 :Ujian Umum (40 MARKAH)

  • Bahasa Melayu – 15 soalan
  • Matematik – 15 soalan
  • Sains – 15 soalan
  • Bahasa Inggeris – 15 soalan

Tarikh Penting

Tarikh penting boleh dirujuk menerusi file di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke SMAN Terengganu, sila layari pautan https://jpint.awfatech.com/.

Baca juga: SMAN Pahang: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2026


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: