SMAN Terengganu: Kemasukan Tingkatan 4 2026

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah membuka permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Terengganu bagi sesi 2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 14 September 2025 hingga 13 Oktober 2025.
Senarai Sekolah
Permohonan kemasukan ini adalah bagi sekolah:
i- Sekolah Menengah Agama (Berasrama Penuh)
- Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
- Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
- Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut (pengambilan murid lelaki sahaja)
- Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (pengambilan murid lelaki sahaja)
- Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu
ii- Sekolah Menengah Agama Harian
- Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (pengambilan murid perempuan sahaja)
- Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (pengambilan murid lelaki Sahaja)
- Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
- Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
- Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
- Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
- Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
- Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
- Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu
Syarat Umum Kemasukan
Syarat umum kemasukan adalah seperti berikut:
- Berumur 16 Tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan empat
- Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
- Calon-calon yang layak memohon dari :
– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK / SMA Terengganu)
– Madrasah Moden Terengganu (MMT)
– Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
– Sekolah Menengah KebangsaanAgama (SMKA)
– Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
– Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (IMTIAZ)
– Sekolah Agama Swasta - Calon mesti memiliki tiga (3) dokumen pentaksiran:
– Ujian / Peperiksaan / Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 3 tahun 2025
– Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
– Penilaian Psikometrik (PPsi)
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Sila layari laman web permohonan : https://jpint.awfatech.com/daftar.php.
- Lengkapkan dan hantar borang permohonan atas talian.
- Sila simpan/cetak salinan permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan.
- Sila semak tarikh panggilan ujian / temu duga dan hadir ujian dan temu duga yang ditetapkan.
- Sila semak tarikh keputusan tawaran dan melapor diri (pendaftaran).
- Tawaran ini tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemasukan ke SMAN Terengganu bagi Tingkatan 4, sila layari https://jpint.awfatech.com/daftar.php.
Baca juga: BUDI95: Tarikh Pelaksanaan, Harga & Syarat Kelayakan



